Thunder FTS250 Buka Tempahan di Jepun: Street Tracker Guna Enjin CFMOTO

Thunder FTS250 Japan open order Malaysia

Selepas sesi pratonton di Tokyo Motorcycle Show di Jepun, Thunder Motorcycles sudah mula ambil tempahan untuk model street tracker Thunder FTS250 daripada pelanggan di negara matahari terbit.

Sebelum ini, ada portal di Jepun mendakwa Thunder FTS250 ini menggunakan enjin satu silinder daripada pihak CFMOTO.

Harga Thunder FTS250

Harga yang diumumkan ialah ¥896,500 (anggaran RM22,708) termasuk cukai.

Warna Pilihan Thunder FTS250

Ada dua pilihan warna disediakan iaitu merah dan hitam. Sasaran jualan cuma 1,000 unit setahun.

Spesifikasi Thunder FTS250

Di bawah ini adalah perincian motosikal Thunder FTS250 yang diumumkan.

  • Enjin satu silinder 249cc dengan sistem suntikan bahan api dan sistem penyejukan cecair,
  • Gerek x lejang: 72mm x 61.2mm
  • Nisbah mampatan: 11.3:1
  • Kuasa: 21.5KW/9500rpm
  • Tork: 22.5Nm/7200rpm
  • Kelajuan maksimum (dihadkan): 120km/j
  • Kotak gear manual 6-kelajuan
  • Tangki minyak: 10.2 liter
  • Panjang: 2,060mm
  • Lebar: 820mm
  • Tinggi: 1,150mm
  • Tinggi pelana: 790mm
  • Jarak roda: 1385mm
  • Jarak lega bumi: 240mm
  • Berat bersih: 127kg
  • Fork teleskoik 41mm, absober berkembar di belakang
  • Brek cakera 260mm depan, 220mm belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran.
  • Tayar depan 120/80-18, tayar belakang 130/80-18

Artikel Berkaitan