Yamaha Cygnus X Special Edition (2027) masuk Jepun, hanya 800 unit ditawarkan mulai Ogos 2026

Yamaha Motor Sales di Jepun mengumumkan rancangan untuk menawarkan skuter edisi khas dan terhad Yamaha Cygnus X Special Edition (2027) bermula 25 Ogos 2026.

Hanya 800 unit skuter keluaran dari kilang Yamaha Motor Taiwan (made in Taiwan) akan diedarkan kepada bakal pembeli di Jepun.

Harga Jualan

Harga badan Yamaha Cygnus X Special Edition (2027) termasuk cukai penggunaan 10 peratus ialah 402,600 yen (anggaran RM10,103).

Yamaha Cygnus X Special Edition (2027) ialah skuter kelas 125cc tetapi memakai seragam menyerupai superbike Yamaha YZF-R1M.

Warna Badan

Warna badan Yamaha Cygnus X Special Edition hanya satu iaitu Matte Gray Metallic 8 (Matte Titanium).

Apa yang Istimewa?

Yamaha Cygnus X Special Edition (2027)

Selain skim warna, komponen dan hiasan skuter ini diubah untuk menampakkan lebih sporty, berjiwa perlumbaan dan eksklusif. Antaranya ialah:

  • Ada logo menunjukkan ini model edisi khas (Special Edition – SE)
  • Tempat duduk balutan material ala baldu dengan kemasan ala karbon.
  • Grafik badan khas.
  • Panel hiasan karbon yang diinspirasi daripada YZF-R1M
  • Kaliper brek depan dan belakang berwarna emas
  • Spring absober berwarna kuning

Spesifikasi Yamaha Cygnus X Special Edition

  • Enjin satu silinder 124cc SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 9.0kW (12PS) @ 8,000rpm
  • Tork maksimum 11Nm @ 6,000rpm
  • Tangki minyak 6.1 liter
  • Transmisi automatik (tali sawat)
  • Panjang 1,865mm, lebar 715mm dan tinggi 1,125mm
  • Jarak roda 1,340mm
  • Jarak bumi 125mm
  • Tinggi pelana 785mm
  • Berat kasar 126kg
  • Sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang
  • Tayar depan 110/70-12
  • Tayar belakang 130/70-12

Galeri Gambar Yamaha Cygnus X Special Edition 2027