
Sebuah CFMOTO Flagship Store dibuka di Kuala Selangor hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan premis menjadi empat buah di negeri Selangor.
Premis terbaharu itu dikenali sebagai CFMOTO Flagship Store G.C. Ann Motor Enterprise, terletak di Bukit Melawati, Kuala Selangor yang bersempadan dengan lima daerah di Selangor.

Pusat terbaharu itu merupakan bangunan dua tingkat yang menempatkan pelbagai model terbaharu CFMOTO, pelbagai aksesori keperluan penunggang dan khidmat selepas jualan.
Majlis perasmian disempurnakan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya, barisan pengurusan CFMOTO Malaysia, Mforce Bike Holdings, G.C. Ann Motor Enterprise dan wakil Zhejiang CFMOTO Power Co. Ltd (China).
Beberapa aktiviti diadakan hari ini termasuk sesi tunggang uji model terpilih, cabutan bertuah serta pameran model-model motosikal baharu yang bakal masuk pasaran Malaysia.













