
Lambretta di Filipina mengumumkan satu varian skuter membabitkan kerjasama istimewa dengan jenama fesyen Supreme akan diperkenalkan di negara berkenaan tidak lama lagi.
Dipanggil kustom krom Lambretta X300 Supreme, skuter yang diselaputi rona berkilat pada keseluruhan badan adalah sebahagian daripada koleksi Supreme Fall/Winter 2026.

Tiada pengumuman maklumat lanjut dikongsi tentang harga badan mahupun jumlah unit yang akan ditawarkan kepada pengguna di Filipina.

Apa yang diketahui ialah model ini dibangunkan menggunakan varian asal X300 yang mengetengahkan imej skuter premium moden gayaan neo-retro Itali.
Dijangka aspek spesifikasi masih sama seperti Lambretta X300 termasuk enjin satu silinder 275cc dengan transmisi automatik CVT, menawarkan kuasa 25hp dan tork 24.5Nm.
Adakah Lambretta Malaysia juga ada perancangan untuk membawa model ini untuk peminat tempatan?

