
ARIIC TOUCH 250 sudah ada di kedai pengedar di seluruh Malaysia.
Model skuter suku liter ini dilancarkan Mforce Bike Holdings (Mforce) sempena majlis perasmian Mforce Best Shop KW Keat Wei Motor di Kuala Ketil, Kedah.

Harga untuk skuter ini kekal seperti diumumkan di Malaysia Bike Show 2026 iaitu RM13,688 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.
ARIIC TOUCH 250 ada tiga pilihan warna iaitu Matt Black, Urban Green dan Phantom Grey. Ini adalah perinciannya:
- Enjin digunakan jenis silinder tunggal 249cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
- Kuasa maksimum 22.5hp (16.5kW) @ 8,000rpm
- Tork maksimum 23.5Nm @ 5,000 rpm
- Sistem transmisi CVT automatik
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Menggunakan sistem kemasukan pintar tanpa kunci (smart keyless)
- Ada soket USB Type-C dan Type-A
- Ada kamera perakam (dashcam) di bahagian hadapan
- Meter TFT berwarna
- Fork teleskopik biasa dan set absober berkembar belakang
- Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang, ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Kawalan Cengkaman
- Tangki minyak 13 liter
- Tayar depan 120/70 – 14
- Tayar belakang 130/70 – 13
- Panjang 1,950mm
- Lebar 760mm
- Tinggi 1,400mm
- Jarak roda 1,390mm
- Jarak bumi 110mm
- Tinggi tempat duduk 760mm
- Berat kasar 147kg
Artikel Berkaitan:
- ARIIC Touch 250 (2026) rasmi di Malaysia Bike Show – Ini Spesifikasi penuh, Harga RM13,688 dan 3 warna pilihan
- ARIIC GOBI 250 dan ARIIC Touch 250 debut rasmi di Malaysia Bike Show 2026?
- ARIIC TOUCH 250: Skuter maxi ada macam-macam ciri moden, harga badan RM13,888
- Malaysia bakal jadi pasaran kegemaran ARIIC 400 GS?




















