Semakin ramai rakyat Malaysia beli skuter elektrik… kerana trend atau ada insentif?

Makin ramai orang beli skuter elektrik?

Jika dilihat kepada data pendaftaran skuter elektrik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), nampaknya itulah trend sekarang.

Jualan skuter elektrik sudah capai 9,102 unit untuk tempoh lima bulan pertama tahun 2026. Kalau dibandingkan prestasi tahun lepas, jualan terkumpul untuk tempoh sama ialah 3,486 unit.

Kalau diikut kiraan kasar, jumlah jualan menunjukkan kenaikan lebih 160 peratus (Jan-Mei 2026 vs Jan-Mei 2025). Di bawah ini adalah statistik perbandingan dua tempoh berlainan tahun:

Mengikut penjelasan Persatuan Penjual Motosikal Elektrik Malaysia (PPMEM), anjakan mendadak jualan skuter elektrik didorong oleh program rebat Mforce.Cas daripada pihak Mforce Bike Holdings (Mforce).

Menerusi inisiatif itu, Mforce memberi rebat sehingga RM2,400 untuk pembelian skuter elektrik untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang pengguna.

Program itu diperkenalkan selepas penutupan permohonan program MARiiCas oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii).

Berdasarkan penjelasan diberi, pihak PPMEM berpendapat:

“Pasaran semakin berkembang dan pengguna semakin menerima motosikal EV dalam jualan harga RM3,000 hingga RM5,000.”

Artikel Berkaitan: