CFMOTO 230 Dual Lite: Ada potensi motosikal dwi-kegunaan ini masuk pasaran Malaysia?

cfmoto 230 dual lite (2025) malaysia

Kamu sudah lapor tentang jenama CFMOTO dan CFLite serta model CFMOTO 250NK Lite yang dilancarkan di Malaysia.

Laporan tentang desas-desus kedaangan sportbike asas 250SR Lite ke pasaran tempatan juga sudah dibentangkan. Tumpuan kini diberi kepada motosikal dwi-kegunaan di bawah label CFLite.

Model yang akan diberi tumpuan di sini ialah CFMOTO 230 Dual Lite (atau CFLite 230 Dual) manakala versi 250 Dual akan disiarkan nanti.

Kalau berdasarkan carian kru Arena Motosikal, model CFMOTO 230 Dual Lite ini sudah muncul di empat pasaran negara luar China iaitu Mexico, Filipina, Bangladesh dan Peru.

Tidak dapat dipastikan sama ada model 230 Dual Lite dengan sistem karburator ini akan dibawa masuk ke Malaysia. Mungkin ya… semua masih dalam pertimbangan.

Jika masuk, ini satu lagi pilihan yang dijangka berbaloi… apatah lagi bila Modenas-Kawasaki juga menunggu hari untuk melancarkan Kawasaki KLX 230.

PERINCIAN & SPESIFIKASI CFMOTO 230 DUAL LITE

  • Ada dua warna pilihan iaitu Tundra Grey (kelabu) dan Zephyr Blue (biru)
  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 229cc denagn sistem karburator dan sejukan udara.
  • Gerek x lejang: 67mm x 65mm
  • Kuasa maksimum: 10.5kW @ 7,000гpm
  • Tork puncak: 16.5Nm @ 5,500rpm
  • Nisbah mampatan: 8.7 : 1
  • Kotak gear klac manual 5-kelajuan
  • Meter digital
  • Panjang: 2,113mm
  • Lebar: 855mm
  • Tinggi: 1,190mm
  • Jarak roda: 1,350mm
  • Tinggi tempat duduk: 840mm
  • Jarak bumi: 265mm
  • Tangki minyak: 12 liter
  • Berat kasar: 132kg
  • Frem jenis tiub keluli, swingarm berkembar
  • Fork depan teleskopik 31mm dengan travel 160mm
  • Absober belakang monoshock travel 38mm
  • Brek cakera tunggal depan dengan kaliper 2 piston jenis floating
  • Cakera tunggal di belakang, kaliper satu piston
  • Rim jejari (spoked) 21 inci depan, rim 18 inci di belakang
  • Tayar depan:  80/100-21 M/C 51P
  • Tayar belakang: 120/80-18 M/C 62P
  • Tidak ada sistem brek ABS, sistem brek kombi (CBS) dan TCS (Traction Control System)