Sebelum ini, kita ada dapat maklumat awal mengatakan:
“Harga motosikal 150cc ke bawah akan naik kerana tidak lagi dapat pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai 2025.”
Ada yang mengatakan kenaikan harga motosikal antara 8 hingga 10 peratus disebabkan cukai SST ini.
Ternyata timbul rasa bimbang kerana cukai ini sudah tentu akan memberi kesan kepada pembeli dari golongan berpendapatan rendah-sederhana rendah.
Bagaimanapun…. kru kami menerima maklumat awal bahawa Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan sudah membuat keputusan supaya motosikal 150cc ke bawah diberi pengecualian cukai SST.
Pun begitu, kita tunggu pihak Kementerian atau Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuat pengumuman rasmi mengenai lanjutan pengecualian cukai jualan SST untuk motosikal 150cc ke bawah.
Terima kasih kepada Kerajaan dan semua pihak terlibat dalam membantu membolehkan motosikal 150cc ke bawah kembali menikmati insentif pelepasan cukai SST. Satu kelegaan buat bakal pembeli dari golongan kurang berkemampuan.
Tidak lupa juga buat Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM) yang menghantar permohonan rasmi kepada pihak kementerian untuk memohon sambungan insentif pengecualian cukai SST ini.


