Satu lagi produk minyak pelincir akan diperkenalkan PJ1 Malaysia ke pasaran tempatan menjelang hujung bulan ini dalam satu majlis dipercayai di Kuala Lumpur.
Perkara itu terdedah susulan perkongsian satu gambar acah yang diselubungi warna hitam di laman Facebook rasmi PJ1 Malaysia sebentar tadi.
Seperti diketahui, PJ1 Malaysia menawarkan rangkaian minyak enjin untuk memenuhi keperluan enjin 4-lejang motosikal, skuter dan juga ATV. Ini termasuk minyak jenis:
- Sintetik penuh (fully synthetic)
- Separa sintetik (semi synthetic)
- Minyak mineral (mineral oil)
Cuma belum ada maklumat rasmi apa yang kelebihan minyak enjin terbaharu dalam pengumuman PJ1 Malaysia.
Adakah ini produk yang disasarkan untuk keperluan skuter-skuter memandangkan perang skuter masih hangat berlangsung?
Atau minyak enjin yang sesuai untuk kegunaan supermoped yang bakal menyaksikan persaingan lebih sengit tidak lama lagi?


