Cyclone RT5 (2026) tiba secara rasminya ke pasaran Malaysia, harga RM16,888

Selain skuter RT2, Mforce Bike Holdings (Mforce) turut melancarkan satu lagi model iaitu Cyclone RT5 yang akan berada di pasaran menjelang hujung minggu ini.

Skuter yang ditawarkan pada harga badan RM16,888 itu didatangkan tiga pilihan warna iaitu Prestige Black, Strong Grey dan Alabaster White.

Apa Unik Tentang CYCLONE RT5 (2025)

  • Menggunakan sistem lampu depan 4 unit projektor LED (quad lens)
  • Penghadang angin (windshield) boleh laras secara elektrik (tekan butang)
  • Cermin sisi boleh lipat menggunakan kuasa elektrik (tekan butang)
  • Tongkat berkembar boleh naik turun dengan tekan butang (elektrik
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (Blind Spot).
  • Meter TFT berwarna
  • Soket USB Type A dan Type C
  • Ciri pemanas tempat duduk dan grip bar hendal
  • Kamera pemuka (dashcam) depan-belakang
  • Sistem pemantauan tekanan angin dalam tayar (TPMS)
  • Sistem Brek Antikunci (ABS) depan belakang
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh nyah aktif

SPESIFIKASI CYCLONE RT5 (2025)

Perincian skuter ini adalah seperti berikut:

  • Enjin satu silinder 246.9cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api
  • Output kuasa 19.5kW pada 8,500rpm
  • Tork puncak 24.5Nm pada 6,500rpm
  • Transmisi automatik CVT pacuan tali sawat
  • Fork teleskopik biasa dengan absober berkembar di belakang
  • Brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda
  • Rim aloi depan 15 inci dengan tayar 120/70, tayar belakang rim 14 inci 140/60
  • Panjang 2,205mm
  • Lebar 767mm
  • Tinggi 1,395mm
  • Jarak roda 1,545mm
  • Tinggi pelana 780mm
  • Jarak bumi 155mm
  • Berat kering 190kg
  • Tangki minyak 18 liter

Artikel Berkaitan

Galeri Gambar Cyclone RT5