Skuter canggih Cyclone RT5 yang sudah dilancarkan di China nampaknya juga akan datang ke Malaysia. Bila dan berapa harganya, itu kena tunggu pengumuman MForce Bike Holdings.
Di Malaysia, siri RT dijual di bawah jenama WMOTO dan ada tiga siri RT (tak termasuk versi naik taraf) iaitu RT1, RT2 dan RT3.
Kalau melihat trend siri RT, kami merasakan RT5 besar kemungkinan akan menggunakan label WMOTO dan bukannya Cyclone.
Persoalan penting sekarang ialah: apa akan berlaku dalam segmen skuter bandar 250cc dengan kedatangan RT5? Segmen skuter ini memang ada banyak model pilihan berbagai jenama.
Pun begitu, sukar untuk mana-mana model menandingi apa yang ada pada RT5. Ini antara senarai keunikan RT5 yang tiada pada mana-mana model pesaing sekelas:
- Cermin sisi lipat automatik.
- Guna teknologi radar untuk Pemantau Titik Buta (Blind Spot)
- Tongkat tengah boleh turun naik tekan butang
- Ada kamera perakam (dashcam) depan- belakang
- Ada pemanas tempat duduk dan grip tangan
Ini antara ciri inovasi baru yang pada RT5 dan segmen skuter 250cc. Mungkin semua kelebihan ini akan membuka jalan untuk RT5 jadi ‘Raja Skuter’ Malaysia?
Dan ciri moden sebegini mungkin jadi ikutan pengeluar lain. Contohnya, dulu tak ada ciri penghadang angin (windshield) elektrik tapi sekarang dah jadi ciri standard.
Untuk spesifikasi dan ciri lain Cyclone RT5, kami ada siar dalam laporan sebelum ini di sini:



















