Cyclone RT (2026): 2 skuter canggih 250cc akan hadir ke Malaysia Bike Show 2026

Dua lagi skuter baharu akan menyertai saingan skuter kelas 250cc di Malaysia tidak lama lagi. Dua model ini ialah Cyclone RT5 dan Cyclone RT2S edisi 2026.

Kami bersama sekumpulan media lain diberi peluang untuk melihat kedua-dua skuter Cyclone ini di kilang Mforce baru-baru ini, selepas tamatnya majlis pelancaran skuter elektrik EZI Ray 01.

Cerita mengenai kemungkinan Mforce Bike Holdings akan bawa masuk Cyclone RT5 pernah kami laporkan sebelum ini.

Cuma belum ada lagi anggaran harga dan spesifikasi rasmi untuk pasaran Malaysia. Ada ura-ura mengatakan harga RT5 mungkin bawah RM17,000.

Cyclone RT2S pula mungkin sama seperti model Cyclone RT250 yang dilancarkan di China pada Ogos lalu.

Melihat apa yang ada pada model RT2S di Malaysia, kita mungkin terima varian tertinggi seperti yang dijual di China. Mungkin spesifikasinya juga kekal sama.

Kami akan terus menyediakan laporan sebaik menerima maklumat terbaharu sama ada dari pihak Mforce Bike Holdings atau sumber-sumber industri kami.

Sementara itu, ini adalah beberapa laporan dihasilkan mengenai siri RT terbaharu:

Koleksi Video Cyclone RT

Video Prototaip Cyclone RT4

Video Tongkat Automatik Cyclone RT5

Video Cermin Sisi Automatik Cyclone RT5