MODA Motorcycle akan lancar satu lagi skuter minggu ini, model gayaan retro?

moda moca 110

MODA Motorcycle mula memberi bayangan kedatangan satu lagi model skuter baru ke pasaran Malaysia dalam tempoh 2-3 hari lagi.

Perkongsian di Facebook mereka menunjukkan poster berwarna biru dengan angka 3 yang memaparkan bahagian depan kiri skuter berwarna oren tersebut.

Poster itu memperlihatkan skuter baru MODA memiliki lampu depan berbentuk bulat dengan gegelung putih lampu DRL.

Lampu signal depan juga seakan bentuk bulat. Kru kami jangkakan skuter ini memiliki reka bentuk retro dengan sentuhan moden.

Model ini akan menjadi produk skuter ketiga bawah jenama MODA yang dikendalikan syarikat Mdua Motor selepas MODA Sporter S dan MODA Shifter 400X . Semua model ini diperkenalkan pada tahun ini.

Bukan itu saja, MODA juga ada satu lagi model dipercayai skuter yang juga akan datang selepas ini. Apapun, kita tunggu model skuter oren ini terlebih dulu.

Artikel lain