
Jepun akan terima 12 unit jentera sportbike kelas pertengahan (middleweight) Aprilia RS 660 Factory edisi 2026 dan stok dijangka masuk pasaran bermula Ogos ini.
Model buatan Itali itu akan ditawarkan dengan pilihan warna kuning (Shakedown Yellow). Harga jualan yang disyorkan di Jepun ialah ¥1,980,000 (anggaran RM49,760).

Sportbike edisi terhad itu adalah varian tertinggi dalam siri RS 660 di Jepun serta memiliki beberapa ciri menarik. Ini senarainya:
Suspensi Öhlins
Suspensi berjenama Öhlins depan dan belakang, kedua-duanya boleh laras. Fork depan daripada siri NIX30 berdiameter 43mm. Monoshock belakang ialah STX46 dengan sub-tangki.

Winglet
Ada tambahan komponen aerodinamik pada bahagian depan yang adaptasi dari MotoGP. Winglet besar dipasang di bahagian depan untuk kurangkan kesan seretan angin semasa kelajuan tinggi. Panel fairing sisi berganda (dua lapisan) membantu alih keluar haba dari enjin dan radiator.

Enjin
Enjin dua silinder selari 659cc dengan sistem sejukan cecair menyaksikan kenaikan kuasa enjin kepada 105hp berbanding 100hp sebelum ini. Pendikit badan (throttle body) juga bertambah dari 48mm kepada 52mm. Enjin kini patuh piawaian EURO 5+.
Berat
Casis motosikal jenis spar berkembar diperbuat daripada aluminium. Berat motosikal ialah 183kg termasuk kapasiti petrol 90 peratus.
Sistem Elektronik
Ada sistem kawalan elektronik seperti:
- APRC (Aprilia Performance Ride Control) ditambah baik.
- A sistem launch control untuk permulaan dari kedudukan statik. Ada ciri Kawalan Cengkaman, Kawalan Wheelie dan Quickshifter 2-arah (atas-bawah).
- Panel instrumen 5 inci TFT berwarna dan suiz kawalan di bar hendal (ada latar pencahayaan).
Spesifikasi Aprillia RS 660 Factory (2026)
- Enjin 2-silinder sebaris 659cc DOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kuasa maksimum 105hp (77.2kW) @ 10,400rpm.
- Tork maksimum 70Nm @ 8,400rpm.
- Kotak gear 6-kelajuan dengan Aprilia Quickshift (AQS) atas bawah.
- Fork depan USD Öhlins 43mm boleh laras sepenuhnya, jarak travel 120mm.
- Monoshock Öhlins boleh laras sepenuhnya, jarak travel 130mm.
- Brek cakera depan berkembar 320mm dengan kaliper Brembo.
- Brek cakera tunggal belakang 220mm kaliper Brembo.
- Rim 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Tinggi tempat duduk 820mm
- Tangki minyak 15 liter










