
Model supermoped Modenas Z15GT nampaknya masih panas diperkatakan, masih ada pertanyaan mengenai status sebenar motosikal tersebut. Antara soalan yang diajukan:
“Rebadge motor China ke? Guna enjin Zonsen? Enjin Loncin?”
Seperti semua orang tahu, Modenas ada jemput wakil bengkel dan tuner yang merupakan sebahagian pemain industri dan wakil media untuk dengar taklimat tentang Z15GT ini.
Dalam artikel ini, kami akan memberi laluan penuh kepada pihak Modenas untuk menceritakan status supermoped mereka iaitu Modenas Z15GT (2025):

Menggalas tugas ini ialah Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Modenas, Muhammad Amin Nasirudin yang membahagi penerangan beliau kepada 3 bahagian utama iaitu Chassis (casis), Body Part (komponen badan) dan Engine (enjin).

- Biru: Buatan Modenas
- Kuning: Kerjasama Modenas dan KMC (Kawasaki Motor Cooperation)
- Hijau: Buatan Zonsen (Zongshen)
- Merah: Kerjasama Modenas dan FVT
BAHAGIAN CASIS
Muhammad Amin berkata:
“Untuk memudahkan pemahaman, kita bahagikan penerangan kepada tiga bahagian utama iaitu Casis (Chassis), Body Part (komponen badan motosikal) dan Enjin (Engine).
“Kalau kita tengok bahagian pembangunan casis, kerja-kerja membuat reka bentuk dari awal iaitu daripada kosong sehingga siap adalah dibuat oleh tim R&D Modenas kita.
“Kita yang tentukan frem ini nak macam mana… selepas desain, kita yang buat validation stimulation (validasi stimulasi rekaan) bahagian casis dan sehingga peringkat prototaip pun… kita nak pastikan produk kita ini mengikut piawaian standard Modenas.
“Setelah siap casis ini, sudah tentu seperti saya cakap, untuk kita dapatkan satu range (julat) harga atau kos yang paling optimum…. kita kena bekerjasama dengan maker (pembuat) di China. Tapi macam Zonsen ini, dia rakan kita dan kita dah kenal lama dan kita tau capability (kemampuan) mereka.
“Jadi, kita minta support (sokongan) dari mereka untuk fabricate (hasilkan) semua mold (acuan) dan tooling (peralatan) untuk casis ini.
“Component testing (ujian komponen) yang warna kuning itu adalah collaboration (kerjasama) dengan Kawasaki.
“Dan Kawasaki yang validate on all the chassis design dan fitting component… Kena patuh piawaian ketat yang ditetapkan Kawasaki Jepun..
BAHAGIAN BODY PART
Muhammad Amin berkata:
“Untuk body part (panel badan), ya Kawasaki memang terlibat sejak awal dari lakaran…sebab kita nak motor Z15GT kita ini ada DNA Kawasaki.
“Sebab tu dari awal, Kawasaki sudah terlibat. Selepas sketch dan dapat design, kita buat clay. Saya akan tunjuk bukti bahawa ini (clay) kita yang buat. Selepas siap clay model development, kita buat 3D Engineering & Surfacing juga oleh (tim) Modenas.
“Untuk prototype validation, kita minta support Kawasaki untuk pengesahan bahagian panel badan… adakah memenuhi standard Kawasaki atau sebaliknya.
Dan sudah tentu…. mold dan tooling kita kerjasama dengan Zonsen untuk bahagian body part.”
BAHAGIAN ENJIN
Muhammad Amin menyatakan:
“Ini semua orang nak tau. Enjin sebenarnya adalah kerjasama Modenas dan FVT. Sebabnya rekabentuk enjin ini kita yang buat… berbalik kepada projek kita dulu jika tuan-tuan masih ingat… tahun 2011, kita ada developed satu projek supermoped pertama MK150.
“Daripada rentetan kita punya pembelajaran daripada projek ini, kita carry over untuk Z15GT ini. Daripada know-how, kita design enjin…kita buat parameter formalised.. tentukan spesifikasi kita nak… kita build 3D data sampai kita dapatkan data dan kita pergi ke FVT.

“FVT ini ibarat budak pandai. Kita buat dah elok dan kita cari budak pandai untuk buat enjin ini perform lagi. Lebih best lagi. Jadi,… kita join bersama FVT. Bawa ready data ke FVT, buat analisis dengan dia, buat stimulasi aplikasi dan banyak proses lain… kalau saya cerita pun tak nampak, (tapi) memang banyak.
“Saya boleh katakan FVT ini satu pusat research centre (penyelidikan) yang hebat. Benda ini kita dah belajar bersama-sama engineer kita yang pergi ke sana. Kita pergi sana, buat projek dan kita belajar dan bawa balik untuk dikongsi kepada tim-tim engineer yang baru ini.
“Dan… sampai prototaip pun kita buat juga dengan FVT. Maksud dia, kita buat software dan kita test software, dan kemudian kita hasilkan prototaip fizikal. Selepas siap fizikal pun kita periksa balik, buat stimulasi melalui test bench… sampailah kita dapat minimum requirement spesifikasi yang kita hendaki.
“Selepas itu baru kita teruskan dengan frabikasi mold & tooling dengan Zonsen. Sebab apa kita tak buat di Malaysia? Seperti apa saya cakapkan… mold & tooling ini kos di Malaysia agak tinggi dan kita cuba nak perkenalkan supermoped kita ini dengan harga yang sangat berpatutan.
“Setelah siap mold & tooling, ia jadi sebuah enjin yang lengkap dan enjin ini kita buat validasi bersama pihak Kawasaki Jepun. Siri demi siri…penambahbaikan… sehingga enjin ini dikira sebagai stabil untuk dipasarkan.
“Bermula dari sini… sampai kesudahan untuk dapat complete bike, ini adalah penglibatan keseluruhan daripada Kawasaki.
“Tim Kawasaki Japan sertai tim R& D Modenas dan kita buat penilaian prestasi, kawalan dan pengendalian sehingga penambahbaikan produk bersama-sama pihak Kawasaki.
“Kalau orang tanya, motor ini siapa yang buat… tuan-tuan boleh jelaskan di mana pembabitan Kawasaki, Modenas dan juga Zonsen…”
SLID PEMBENTANGAN MODENAS Z15GT

























