
Boon Siew Honda mengumumkan skuter Honda ADV160 dengan seragam adiwira Spider-Man akan memasuki pasaran Malaysia bermula 3 Ogos 2026.
Dikenali sebagai Honda ADV160 Spider-Man Edition (2026), skuter ini adalah versi edisi terhad dengan hanya 300 unit akan masuk ke pasaran tempatan menerusi pengedar rasmi IMPIAN X.

Harga badan disyorkan RM14,149. Honda ADV160 Spider-Man Edition menggunakan seragam penuh watak adiwira Spider-Man pengenaan gayaan dan perincian pada badan skuter.
Ada Apa dengan The Honda ADV160 Spider-Man Edition?
Honda ADV160 Spider-Man Edition dengan liveri serta logo Spider-Man termasuk jalur kustom bersandarkan bayangan watak Spider-Man.
Setiap pembelian Honda ADV160 Spider-Man Edition akan didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif – Spider-Man Edition Gift Set:
- Spider-Man Edition Premium Gift Box
- Spider-Man Edition LED Thermos Flask
- Spider-Man Edition Fuel Tank Cap
- Honda and ADV160 Emblem
- Owner’s Certificate Card – nombor 2 hingga 301
Nak Tengok Honda ADV160 Spider-Man Edition (2026)?

Untuk mereka yang berminat, Honda ADV160 Spider-Man Edition akan dipamerkan di Marvel’s
Spider-Man World of Webs di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bermula 16 Julai sehingga 2 Ogos 2026.
Skuter edisi istimewa ini juga akan dipamerkan di beberapa pawagam TGV atau GSC terpilih di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor bermula 30 Julai sehingga 13 Ogos.
Mengapa? Tujuannya untuk meraikan filem terbaharu Spider-Man: Brand New Day di pawagam.
Apa Kata Orang Kuat BSH?
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano berkata:
“Ramai rakyat Malaysia membesar bersama Spider-Man dan kisah yang sarat dengan keberanian, ketabahan serta semangat pengembaraan ini terus dekat di hati para peminat sehingga ke hari ini.
“Menerusi Honda ADV160 Spider-Man Edition, kami mahu menghasilkan liveri istimewa yang memberi penghormatan kepada Spider-Man sekali gus membawa kisah ikonik ini lebih dekat dengan rakyat Malaysia agar ia menjadi sebahagian daripada perjalanan para peminat.
“Digabungkan dengan ciri ketersambungan (connectivity) yang canggih, bersifat praktik serta gaya inspirasi pengembaraan yang menjadi identiti ADV160, edisi terhad ini direka khas untuk penunggang yang mahukan skuter yang bukan sahaja mencerminkan gaya hidup mereka, malah juga kisah-kisah yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka.”
Artikel Berkaitan
- BSH lancar 2 varian skuter adventure Honda ADV160 edisi 2026 termasuk versi RoadSync, harga mula RM13,249
- Boon Siew umum 2 warna baru Honda ADV160 (2025), harga badan dari RM13,249
- Honda ADV160 Special Edition (2025) dengan warna Gray, harga badan RM13,549








