Modenas Z15GT ada varian baru, versi auto klac dijangka muncul pada awal 2027

modenas CEO Roslan Roskan Z15GT

Modenas akan memperkenalkan beberapa varian baharu supermoped Modenas Z15GT tidak lama lagi, salah satunya ialah versi klac automatik (auto klac) yang dijangka dilancarkan seawal tahun hadapan.

Perkara ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan semasa ditemui selepas selesainya sesi Lawatan Teknikal Z15GT di kilang Modenas di Gurun, Kedah semalam.

Sesi perkongsian maklumat dan soal jawab ini disertai wakil-wakil media dan rakan-rakan industri termasuk para pemilik bengkel serta tuner tempatan.

Sekadar makluman, pembangunan untuk varian dengan auto klac (tidak ada tuil klac tangan) ini sebenarnya sudah bermula. Perbualan bersama beberapa jurutera di sebalik projek supermoped Z15GT turut mengesahkannya.

APA PERKEMBANGAN UNIT R&D MODENAS

Beberapa wakil dari unit Penyelidikan dan Pembangunan Modenas memaklumkan mereka kini sedang melakukan kajian dan penyelidikan untuk versi auto klac ini untuk bahagian kotak gear.

Buat masa ini, belum ada pengesahan rasmi sama ada Modenas akan menggunakan transmisi 4 kelajuan atau 5 kelajuan untuk varian baharu ini. Kajian dan penyelidikan ini turut melihat kepada beberapa aspek lain. Antara dikongsi mereka ialah:

  • Keseluruhan unit sistem klac termasuk perumah klac
  • Kulit luaran enjin yang diyakini akan ditukar dengan penggunaan acuan baharu
  • Penentuan kedudukan penapis minyak

ARTIKEL LAIN

KOLEKSI VIDEO LAIN BERKAIT MODENAS Z15GT

Modenas Z15GT (2025) eksport guna jenama apa? Kawasaki atau Modenas?

  • Apabila ditanya mengenai pendirian menggunakan jenama Modenas atau diubah kepada Kawasaki atau jenama lain, beliau menyatakan:

Harga Modenas Z15GT

  • Harga Modenas Z15GT (2025) semakin meningkat di kedai-kedai motosikal di seluruh Malaysia. Mampukah Modenas kawal kenaikan harga dibuat para pengedar mereka?

Pasukan di sebalik pembangunan Modenas Z15GT (2025)

  • Inilah wajah-wajah kumpulan jurutera yang terlibat dalam pembangunan Modenas Z15GT (2025)

Modenas Z15GT (2025) varian lain?

  • Adakah Modenas Z15GT (2025) ada varian lain macam auto klac? Ini jawapan CEO Modenas:

Perlu ke Modenas Z15GT (2025) ‘berpantang’ 1,000km pertama?

  • Satu soalan yang sering ditanya dan menjadi bahan hangat dibincangkan ramai pihak. Perlu tak perlu break-in? Mari dengar apa kata tim jurutera Modenas Z15GT (2025)

Modenas Z15GT (2025) eksport guna jenama apa? Kawasaki atau Modenas?

  • Apabila ditanya mengenai pendirian menggunakan jenama Modenas atau diubah kepada Kawasaki atau jenama lain, beliau menyatakan: