
Modenas turut mendedahkan konsep pembangunan model supermoped Modenas Z15GT (2025) membabitkan penglibatan wakil Kawasaki dari Jepun iaitu Keishi Fukumoto.
Fukumoto ialah Ketua Pereka Produk Kawasaki yang pernah ‘menyelia’ kumpulan pereka Modenas dan membantu aspek gabungan elemen reka bentuk Kawasaki ke dalam lakaran Modenas Z15GT pada tahun 2022.

FALSAFAH REKA BENTUK KAWASAKI
Apa yang dibuat Fukumoto ialah beliau menggabungkan 4 elemen falsafah rekaan Kawasaki iaitu Sugomi, Sexy, Ferocius dan Sharp ke dalam reka bentuk Modenas Z15GT.

Kalau dilihat pada gambar di bawah ini, lakaran asal Modenas Z15GT yang dicipta pereka Modenas adalah di sebelah kiri. Gambar di sebelah kanan pula ada selepas mendapat sentuhan dan menerapkan 4 falsafah Kawasaki.

Bukan hanya falsafah Kawasaki diterapkan tetapi Modenas Z15GT juga mengambil ilham daripada beberapa model popular Kawasaki.
Cerita lebih lanjut mengenai DNA Kawasaki dan inspirasi rekaan akan kami sediakan selepas ini……
KOLEKSI VIDEO LAIN BERKAIT MODENAS Z15GT
Modenas Z15GT (2025) eksport guna jenama apa? Kawasaki atau Modenas?
- Apabila ditanya mengenai pendirian menggunakan jenama Modenas atau diubah kepada Kawasaki atau jenama lain, beliau menyatakan:
Harga Modenas Z15GT
- Harga Modenas Z15GT (2025) semakin meningkat di kedai-kedai motosikal di seluruh Malaysia. Mampukah Modenas kawal kenaikan harga dibuat para pengedar mereka?
Pasukan di sebalik pembangunan Modenas Z15GT (2025)
- Inilah wajah-wajah kumpulan jurutera yang terlibat dalam pembangunan Modenas Z15GT (2025)
Modenas Z15GT (2025) varian lain?
- Adakah Modenas Z15GT (2025) ada varian lain macam auto klac? Ini jawapan CEO Modenas:
Perlu ke Modenas Z15GT (2025) ‘berpantang’ 1,000km pertama?
- Satu soalan yang sering ditanya dan menjadi bahan hangat dibincangkan ramai pihak. Perlu tak perlu break-in? Mari dengar apa kata tim jurutera Modenas Z15GT (2025)
Isu balancer dan gear di bahagian tengah?
- Mari dengar persoalan dikemukakan Ahmad Khan kepada wakil jurutera Modenas. Mengapa perlu letak di tengah-tengah?
Isu prestasi merosot lepas recall
- Lepas hantar motor untuk tukar rantai pemasa, prestasi turun. Apa kata wakil jurutera Modenas?

