Modenas Z15GT (2025): Apa terkandung di sebalik nama model supermoped nasional ini?

Kami akan kongsikan maklumat dan ilmu yang dipelajari semasa menyertai Lawatan Teknikal Z15GT bersama wakil media dan juga rakan-rakan dalam industri terutamanya pemilik bengkel dan tuner di kilang Modenas.

Ini adalah perincian apa yang terkandung di sebalik nama model supermoped Modenas Z15GT yang dilancarkan ke pasaran Malaysia semasa minggu Kejohanan MotoGP 2025.

Huruf Z

  • Kita tahu huruf Z ini ada digunakan untuk siri model naked bike Kawasaki seperti Z1000 dan Z800.
  • Z dikatakan simbol kepada prestasi, agresif dan kelajuan. Huruf ini juga melambangkan flagship (model perdana) sesuatu model.
  • Dan kini, Modenas sudah menggunakan font huruf Z sama pada nama supermoped mereka iaitu Z15GT.
  • Penggunaan huruf Z ini dikatakan sesuai sebab model 150cc ini adalah model flagship Modenas.
  • Satu perkara ditekankan di sini ialah Modenas perlu mendapatkan kebenaran secara rasmi daripada KMC (Kawasaki Motor Coroperation) untuk menggunakan font Z itu.
  • Kebenaran diberi selepas KMC di Jepun berpuas hati selepas menilai aspek prestasi, kualiti dan beberapa aspek lain.

Angka 15

  • Angka 15 pada nama model Modenas Z15GT ini merujuk kepada singkatan kategori enjin 150cc.

GT

  • GT membawa maksud Grand Touring dan istilah ini diambil daripada satu model terdahulu iaitu Modenas GT128.

ARTIKEL BERKAITAN MODENAS Z15GT

KOLEKSI VIDEO LAIN BERKAIT MODENAS Z15GT

Modenas Z15GT (2025) eksport guna jenama apa? Kawasaki atau Modenas?

  • Apabila ditanya mengenai pendirian menggunakan jenama Modenas atau diubah kepada Kawasaki atau jenama lain, beliau menyatakan:

Harga Modenas Z15GT

  • Harga Modenas Z15GT (2025) semakin meningkat di kedai-kedai motosikal di seluruh Malaysia. Mampukah Modenas kawal kenaikan harga dibuat para pengedar mereka?

Pasukan di sebalik pembangunan Modenas Z15GT (2025)

  • Inilah wajah-wajah kumpulan jurutera yang terlibat dalam pembangunan Modenas Z15GT (2025)

Modenas Z15GT (2025) varian lain?

  • Adakah Modenas Z15GT (2025) ada varian lain macam auto klac? Ini jawapan CEO Modenas:

Perlu ke Modenas Z15GT (2025) ‘berpantang’ 1,000km pertama?

  • Satu soalan yang sering ditanya dan menjadi bahan hangat dibincangkan ramai pihak. Perlu tak perlu break-in? Mari dengar apa kata tim jurutera Modenas Z15GT (2025)