Modenas bakal melancarkan sebuah model terbaharu tidak lama lagi, berdasarkan imej teaser yang telah disiarkan di dalam laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi.
Ketika ini tidak dapat dipastikan model apakah yang akan dilancarkan itu, namun kedai motosikal KB Soon Huat Motor di Kepala Batas mungkin telah ada jawapannya.
Jika benar, model terbaharu itu ialah sebuah skuter maxi iaitu Modenas Elegan EX 250 ABS 2023, yang kini dilengkapi enjin bertaraf Euro 4 dan lampu depan LED baharu.
Namun untuk maklumat yang lebih tepat dan termasuklah harga asas yang ditawarkan, sama-samalah kita tunggu pelancaran model itu yang bakal tiba dalam masa terdekat.