
Satu lagi model motosikal BMW dalam kategori 450cc sudah dikesan menjalani ujian di sebatang jalan raya awam di India.
Model kali ini dipercayai jenis sporty dengan fairing penuh – mungkin F 450 RR. Rakaman model prototaip itu dimuat naik ke media sosial oleh individu bernama Mithun Deshmuk.
Jenama model itu ‘terbocor’ disebabkan teks yang tertera pada kaliper brek roda depan – BMW – walaupun keseluruhan motosikal itu diselubung material hitam.
Selain itu, lampu signal belakang yang diintegrasi dengan lampu brek dikatakan antara ciri terbaharu yang digunakan pihak BMW.
Posisi kedudukan penunggang yang lebih menegak dikatakan sebagai poin menguatkan teori ia prototaip BMW F 450 RR.
Enjin yang digunakan dipercayai sama seperti model BMW F 450 GS iaitu jenis dua silinder sebaris. Mungkin ada sedikit perbezaan talaan.
MODEL LAIN DALAM SEGMEN 450CC
- QJMOTOR 450 RR: Sportbike kategori 450cc enjin 4-silinder sebaris tapi harga badan RM25,888
- BMW F 450 GS (2025): Rupa sebenar akhirnya terbongkar, memang lain dari model konsep
- KTM 450 Rally Replica 2024 diperkenalkan, edisi terhad 80 unit
- CFMOTO 450SR 2022 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, enjin 450cc dengan prestasi 49.6hp dan tork 39Nm

