#EICMA2025: Semua anda perlu tahu tentang BMW F 450 GS, ada potensi masuk Malaysia?

bmw f 450 GS Eicma Arena Motosikal

Salah satu model BMW Motorrad yang bukan lagi rahsia dan dikesan beberapa kali akhirnya dilancarkan di Pameran Motor Milan (EICMA) 2025. Apalagi kalau bukan BMW F 450 GS.

BMW F 450 GS ialah ahli terbaru dalam keluarga BMW GS dan merupakan satu tawaran motosikal kapasiti sederhana kepada kumpulan pengguna baru.

BMW Motorrad sifatkan:

BMW F 450 GS boleh mendatangkan keseronokan tunggangan dan keyakinan kepada pengguna. Ini dibantu dengan imbangan nisbah kuasa-tork, aspek berat motosikal dan ciri-ciri ergonomik GS.

KENAPA HASILKAN BMW F 450 GS?

BMW Motorrad sedar sudah ada trend pengguna meninggalkan motosikal berkapasiti besar dan beralih atau kembali ke motosikal kapasiti pertengahan.

Pengeluar motosikal lain sudah memberi tumpuan kepada segmen adventure kelas pertengahan 400cc hingga 500cc.

Antara yang mendapat sambutan memberangsangkan ialah CFMOTO 450-MT. Tak lama lagi, Malaysia juga akan sambut kedatangan Moto Morini Alltrhike 450.

Malah QJMOTOR pun ada rancangan untuk cabar semua pesaing lain dan BMW F 450 GS dengan model SRT 400 X. Tak lupa juga Honda NX500 dan Brixton Crossfire 500 Storr.

Sebelum ini, BMW Motorrad ada siri motosikal kapasiti kecil iaitu G 310 GS dan G 310 R yang pernah masuk Malaysia tapi pengeluarannya sudah ditamatkan awal tahun ini.

4 VARIAN BMW F 450 GS

Bukan satu tetapi BMW Motorrad memperkenalkan empat varian F 450 GS yang berbeza dari segi aksesori dan teknologi tunggangan. Empat varian BMW F 450 GS ialah:

  • BMW F 450 GS Basic
  • BMW F 450 GS Exclusive
    • Ada pemijak kaki off-road, gard tangan, gard enjin, Mod Tunggangan Pro, Bantuan Syif Pro dan penghadang angin (windshield) jernih.
  • BMW F 450 GS Sport
    • Dapat ciri sama macam Exclusive tetapi ada tambahan suspensi sport.
  • BMW F 450 GS Trophy
    • Sama ciri dengan Sport tapi lebih eksklusif dengan gard tangan putih, gard enjin aluminium, penghadang angin tinted Rallye dan Easy Ride Clutch.

APA MENARIK TENTANG BMW F 450 GS?

  • Reka bentuk selari dengan siri GS lain.
  • Lampu depan LED dihiasi lampu nyalaan siang (DRL) bercorak X
  • Enjin 2-silinder sebaris 420cc OHC dengan ofset pin engkol (crankpin) 135º dan ada shaft pengimbang, menggunakan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
  • Kuasa maksimum 35kW (48hp) @ 8,750rpm
  • Tork puncak 43Nm @ 6,750rpm
  • Kotak gear 6-kelajuan klac manual
  • Ada 3 mod tunggangan Rain, Road dan Enduro untuk semua model. Tiga varian lain (kecuali GS Basic) menerima tambahan mod tunggangan Enduro Pro.
  • Mod Enduro Pro direka untuk kegunaan off-road dengan tayar off-road serta membolehkan sistem ABS pada tayar belakang dipadamkan.
  • Teknologi standard untuk semua varian ialah Sistem Brek ABS Pro, Dynamic Brake Control (DBC), Dynamic Traction Control (DTC) dan kawalan seretan tork enjin (engine drag torque control – MSR).
  • Ada Easy Ride Clutch (ERC) tapi khas untuk varian Trophy. Ini membolehkan anda tunggang 450 GS tanpa guna operasi klac tangan.
  • ERC ini ala-ala macam fungsi Honda E-Clutch tapi bezanya ialah BWM guna jenis pencekam emparan termaju (advance centrifugal clutch) yang bertindak mengikut kelajuan enjin.
  • Varian lain boleh dilengkapi ciri ERC ini tetapi anda perlu bayar lebih untuk memiliki ciri tersebut. Ini ada hubungan dengan Bantuan Syif Pro (Shift Assistant Pro).
  • Shift Assistant Pro yang ada pada tiga varian (kecuali GS Basic) mempercepatkan proses masuk gear atau turunkan gear tanpa penggunaan klac tangan. Dalam kata lain, Quickshifter.
  • Fork terbalik (USD) KYB 43mm (depan) dan sistem monoshock KYB untuk imbangan belakang.
  • Menggunakan tayar tanpa tiub berukuran 100/90-19 (depan) dan 130/80-17 (belakang).
  • Brek depan jenis cakera tunggal (floating) 310mm dengan kaliper Brembo 4-piston.
  • Brek belakang cakera tunggal (floating) 240mm dengan kaliper 1-piston.
  • Tangki minyak 14 liter. Satu isian penuh boleh capai lebih 350km
  • Purata penggunaan bahan api 3.8 liter untuk setiap 100km
  • Jadual penyelenggaraan standard ialah 10,000km untuk motosikal BMW
  • Tangki minyak berkapasiti 14 liter.
  • Tempat duduk standard setinggi 845mm. Ada opsyen tempat duduk rendah (low seat) 830mm dan pelana tinggi (high seat) Rallye 865mm.
  • Getah pada peg pemijak kaki (footrest) boleh ditanggalkan untuk persiapan kegunaan tunggangan off-road.
  • Ketinggian brek kaki boleh dilaras 20mm dengan dua kedudukan untuk tunggangan off-road dan on-road. Tuil gear juga boleh laras posisi sama ada tinggi atau rendah.
  • Peg pemijak kaki lebih lebar dipasang untuk varian Exclusive ke atas. Boleh juga dibeli sebagai aksesori opsyen.
  • Instrumen meter 6.5 inci jenis TFT dan ada soket USB Type-C.
  • Ada ciri grip pemanas tangan

Adakah BMW Motorrad Malaysia akan bawa masuk BMW F 450 GS untuk pasaran Malaysia? Kami merasakan ya…