LETEN LT 190: Motosikal adventure cub dengan enjin CVT, guna nama Brixton di Malaysia

Motosikal jenis adventure cub iaitu LETEN LT 190 akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi dengan nama lain.

Model itu akan menggunakan jenama lain untuk pasaran kita iaitu Brixton sekali gus menandakan satu lagi produk akan ditawarkan pihak MForce Bike Holdings (MForce).

Tip berhubung kedatangan model ini pernah disiarkan dalam slid semasa acara majlis Makan Malam MForce Lou Sang 2026 baru-baru ini.

Facebook Arena Motosikal juga sudah berkongsi satu klip video menunjukkan motosikal adventure cub ini sedang diuji di Malaysia.

Apa yang membuatkan model LETEN ini agak menarik adalah penggunaan kotak gearnya CVT dengan pacuan akhir jenis rantai.

Kami belum ada spesikasi rasmi untuk model Brixton ‘Leten LT 190’ tetapi di bawah ini adalah spesifikasi untuk pasaran global:

LETEN LT 190
Enjin1 silinder, DOHC, 4-injap
Kapasiti190cc
Kuasa maksimum15kW @ 8,250rpm (20.1hp)
Tork maksimum18Nm @ 6,250rpm
Bore x Stroke-
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar subtangki
Tayar depan90/90 - 17
Tayar belakang110/80 - 17
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang1,998mm
Lebar789mm
Tinggi1,148mm
Jarak dari bumi180mm
Jarak roda1,340mm
Tinggi tempat duduk780mm
Tangki minyak10 liter
Berat138kg
Bonus- Instrumen meter TFT berwarna.
- Sistem tanpa kekunci.
- Sistem lampu LED
- Brek ABS depan belakang
- Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
- ABS dan TCS boleh dipadamkan
- Ada pelindung tangan
- Ada plet pelindung bawah enjin (kowl)

GALERI GAMBAR LETEN LT 190