Pada bulan September 2023 yang lepas, KTM telah memperkenalkan model rali terbaharu KTM 450 Rally Replica 2024.
Model tahan lasak itu diasaskan daripada jentera perlumbaan rali KTM 450 Rally, yang digunakan oleh pasukan Red Bull KTM Factory Racing.
KTM 450 Rally Replica 2024 dilengkapi enjin 450cc SOHC berprestasi tinggi, yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan Pankl.
Menurut KTM, model yang direka untuk pertandingan rali pada pelbagai peringkat itu merupakan model edisi terhad, dan ditawarkan sebanyak 80 unit sahaja.