Yamaha XSR900 (2027) dapat seragam baharu di Eropah

Yamaha Motor Europe (Yamaha Eropah) menampilkan pilihan warna baharu untuk motosikal  Yamaha XSR900 iaitu Neon White (putih) yang seolah-olah menggamit memori kepada sebuah sportbike era 1990-an.

Yamaha XSR900 edisi 2027 ini dikatakan mengambil inspirasi daripada jentera Yamaha YZF750R yang pernah diperkenalkan pada tahun 1993.

Warna badannya serba putih dengan padanan warna merah jambu dan biru sebagai padanan kombinasi. Frem motosikal pula diberi salutan warna perak.

Model ini tidak mendapat apa-apa tambahan ciri atau peningkatan spesifikasi, lebih kepada pembaharuan imej luaran.

Pilihan warna hitam Midnight Black dengan rim dan label berwarna emas masih tetap ditawarkan kepada pengguna.

Artikel Berkaitan