Model sports terbaharu CFMOTO 450SR 2022 baru saja dilancarkan di pasaran China, dengan harga jualan sebanyak 31,980 Yuan, bersamaan RM 21,048.31 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Menariknya, model tersebut dikhabarkan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada akhir tahun ini, dengan harga jualan yang sangat berbaloi.
Selain tampil dengan reka bentuk yang sporty dan agresif, CFMOTO 450SR dilengkapi enjin dua silinder berprestasi tinggi dalam sesaran 450cc, yang seterusnya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 49.6hp dengan tork puncak 39Nm, dan mampu mencapai kelajuan sekitar 190 km/j +.
Spesifikasi menariknya yang lain termasuklah sistem lampu LED, paparan panel meter digital sepenuhnya, fork depan upside-down, brek cakera Brembo dengan sistem ABS, tayar berprestasi tinggi, tangki petrol 14 liter, dan juga winglet untuk tahap aerodinamik yang cemerlang. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menariknya seperti di bawah.