
Kami baru terima maklumat baharu…. ada pihak sedang menguji skuter gaya ala Itali di Malaysia dan bercadang menawarkannya dengan harga bawah RM3,700!
Nampak gaya, kalau benar apa seperti sumber kami katakan, ini sudah tentu akan memberi saingan yang cuba menggugat kedudukan model skuter paling comel dan ekonomi iaitu MODA Moca.

Mungkin akan turut terkena tempias ialah model Aveta Bellagio 125?
Nama yang dikatakan akan memperkenalkan model ini adalah Mforce Bike Holdings (Mforce). Belum ada maklumat rasmi label apa yang akan digunakan untuk skuter ini.
Maklumat juga mendedahkan ada dua varian iaitu versi ABS dan versi tiada ABS, dengan anggaran tanda harga badan bawah RM4,000. Model tanpa Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dikhabarkan bawah RM3,700.
Kedua-dua varian ini akan guna enjin sama jenis silinder tunggal 125cc dengan sejukan udara, menghasilkan kuasa 6.8kW dan tork 9.2Nm.
Brek depan belakang jenis cakera dengan rim 10 inci berbalut tayar saiz 90/90. Lampu LED dengan meter LCD.



