Selepas Boon Siew Honda mengumumkan warna baru untuk skuter Honda ADV160 Standard (2025) dan Honda ADV160 Special Edition (2025), kami dapat info terbaru yang agak menarik – QJMOTOR AX200S akan lancar dalam masa 2 minggu lagi.
Kita semua tau, banyak pengedar-pengedar motosikal sudah ambil tempahan awal untuk QJMOTOR AX200S semenjak beberapa minggu lepas dan anggaran harga badan sudah diumumkan bawah RM8,000.
Menariknya, anggaran harga badan QJMOTOR AX200S amat sengit dengan model Aveta NOVA 160 dan ciri yang ada dekat AX200S nampak lebih menarik dan canggih.
Contohnya, QJMOTOR AX200S akan dilengkapkan dengan sistem brek ABS depan dan belakang. Aveta NOVA 160.. malangnya tak ada teknologi pembrekan ini.
Perbandingan aspek teknikal sebagai perkongsian informasi sudah kami sediakan sebelum ini di link ini: Skuter QJMOTOR AX 200 S akan lancar di Malaysia, siap brek ABS depan-belakang.
LAPORAN SEBELUM INI
- Skuter QJMOTOR AX 200 S akan lancar di Malaysia, siap brek ABS depan-belakang
- QJMOTOR AX200 S akan lancar dengan harga bawah RM8,000!
- MForce Motorshow 2026 bawa lebih banyak kejutan, jenama baru dan berfokus komuniti