Skuter QJMOTOR AX 200 S akan lancar di Malaysia, siap brek ABS depan-belakang


Saingan skuter bakal jadi lebih panas kerana QJMOTOR AX 200 S akan datang ke pasaran Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

Kalau perasan, skuter ini pernah ditayangkan di EICMA (Milan Motorcycle Show) 2024 di Itali dengan warna kelabu lembut.

Kedatangan QJMOTOR AX 200 S nanti akan mencabar skuter-skuter berkapasiti 155cc hingga 175cc yang sudah berada di pasaran kita.

Apa yang kami ramalkan ialah QJMOTOR AX 200 S sebenarnya akan bersaing dengan skuter-skuter yang berasal usul dari China.

Untuk model jenama Jepun, mereka sudah dominan di Malaysia. Kalau terkena tempias AX 200 C, mungkin sikit saja.

Macam kita tahu, ramai orang bercakap tentang Aveta NOVA 160 yang dilancarkan pada Selasa lepas, 18 Februari 2025 dengan harga badan RM7,988.

Kami belum ada info rasmi tentang berapa harga badan QJMOTOR AX 200 S tapi kami dapat rasakan… persaingan dua model ini dijangka jadi lebih sengit.

Ada model lain yang juga akan terkesan, macam SYM JET 14 200 tapi itu model yang agak lama di pasaran (lancar tahun 2019) dan orang kita mesti nak benda baru.

Sini.. kami akan bandingkan data perincian (spesifikasi) untuk QJMOTOR AX 200 S dan Aveta NOVA 160.

Aveta NOVA 160 (2025)QJMOTOR AX 200 S (2025)BEZA
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti154.4cc175cc20.6cc
Kuasa maksimum11.8kW @ 8,500rpm (15.8hp)13.5kw @ 8,500rpm (18.1hp)1.7kW (2.3hp)
Tork maksimum14.7Nm @ 6,500rpm15Nm @ 6,500rpm0.3Nm
Bore x Stroke58mm x 58.5mm60mm x 61.8mm2mm x 3.3mm
Nisbah mampatan10.5 : 1 -
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gearCVT automatikCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasaFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar subtangkiabsorber kembar subtangki
Tayar depan100/80 - 14100/80 - 14
Tayar belakang120/70 - 14120/70 - 14
Brek depanCakeraCakera tunggal 230mm
Brek belakangCakeraCakera tunggal 220mm
Panjang2,003mm1,965mm38mm
Lebar710mm700mmm10mm
Tinggi1,138mm1,130mm8mm
Jarak dari bumi135mm145mm10mm
Jarak roda1,370mm-
Tinggi tempat duduk778mm755mm23mm
Tangki minyak10 liter10 liter
Berat112kg127kg15kg
Bonus- Ada USB
- Suis idle stop system
- Ada ABS depan dan belakang
- Meter digital berwarna
- ada winglet