QJMOTOR AX200S akan ada di kedai-kedai motosikal MForce bermula minggu depan (20 Jun 2025)

Skuter QJMOTOR AX200S dijangka akan mula diedarkan ke kedai-kedai motosikal (pengedar sah QJMOTOR Malaysia) di seluruh negara bermula 20 Jun 2025.

QJMOTOR Malaysia membuat pengumuman ini di Facebook sebentar tadi dengan paparan satu poster seperti di bawah ini:

QJMOTOR AX200S sebuah skuter yang dijual dengan harga badan RM7,988 (belum masuk bayaran insurans, pendaftaran dan cukai jalan) tapi ada macam-macam ciri teknologi termaju.

Salah satunya ialah QJMOTOR AX200S ada Traction Control (sistem kawalan cengkaman roda – TCS) yang boleh kita padamkan atau hidupkan. Untuk ubah tetapan (setting) ini, kena buat dengan tekan permukaan meter digital.

QJMOTOR AX200S juga ada 2 mode iaitu P0 (guna minyak petrol macam biasa) dan P1 (untuk lebih jimat petrol). Bawah ini ada data teknikalnya (spesifikasi):

QJMOTOR AX200S
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti175cc
Kuasa maksimum13kW @ 8,500rpm (17.4hp)
Tork maksimum15.2Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke60mm x 61.8mm
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar ada subtank
Tayar depan100/80 - 14
Tayar belakang120/70 - 14
Brek depanCakera 230mm
Brek belakangCakera 220mm
Panjang1,930mm
Lebar720mm
Tinggi1,120mm
Jarak dari bumi145mm
Jarak roda1,340mm
Tinggi tempat duduk780mm
Tangki minyak10 liter
Berat127kg
Bonus- Lampu LED penuh
- Ada port USB Type A dan Type C
- Skrin meter LED jenis touch screen
- Brek ABS depan belakang
- Traction Control boleh on/off
-