Recall: Pemilik terlibat diminta ‘jangan lupa’ tukar muffler skuter QJMOTOR AX200S

Pemilik skuter QJMOTOR AX200S yang masih belum sertai program panggilan balik, anda dinasihatkan untuk bertindak secepat mungkin.

Peringatan sudah dibuat. Dan ini pula adalah peringatan susulan kerana nampaknya masih ada lagi pemilik QJMOTOR AX200S yang belum menggantikan muffler skuter mereka.

Kepada mereka yang terlibat, ini apa yang anda perlu lakukan:

Harapan Mforce – QJMOTOR Malaysia

  • QJMOTOR Malaysia terus bergiat aktif menggiatkan pelbagai usaha dan pendekatan untuk memastikan seluruh unit yang terlibat diselenggara dengan sempurna.

Kenapa Perlu Tukar?

  • Panggilan semula dibuat selepas kenal pasti ada potensi komponen muffler retak.
  • Muffler baharu yang dipertingkat untuk atasi masalah ini sudah diedarkan kepada pengedar di seluruh negara.
  • Tukar untuk memastikan ketahanan dan prestasi yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Pemilik Kena Buat Apa?

  • QJMOTOR Malaysia minta semua pemilik QJMOTOR AX200S yang masih belum mendaftar supaya daftar di sini: https://productrecall.mforceservice.my/
  • Pemilik terlibat boleh terus menghubungi atau berkunjung ke pengedar sah QJMOTOR Malaysia di mana pembelian asal dibuat untuk atur jadual penggantian.
  • Seluruh proses penggantian muffler ini dibuat secara percuma – merangkumi kos alat ganti dan upah kerja.