Mforce Oil: Pelincir Sintetik Penuh 4T 15W-50 dikuasakan PETRONAS masuk pasaran Malaysia

Mforce Bike Holdings (Mforce) mengadakan satu sesi pelancaran semula produk minyak pelincir terbaharu mereka iaitu Mforce Oil powered by PETRONAS.

Produk yang ditampilkan semasa majlis berbuka puasa itu ialah Mforce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2 yang didatangkan dalam pek pembungkusan 1 liter.

Harga Jualan

Harga jualan yang disyorkan untuk Mforce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2 ialah

  • Semenanjung Malaysia: RM56
  • Sabah dan Sarawak: RM58

Apa itu Mforce Oil?

Mforce Oil ialah barisan produk minyak enjin motosikal dan skuter premium yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan pihak PETRONAS.

Mforce Oil mengandungi rumusan khas untuk pengurangan geseran dalam enjin, meningkatkan daya pecutan dan prestasi enjin yang lebih lancar.

Ada lapan produk minyak pelincir Mforce Oil seperti berikut:

HARGA MFORCE OIL PETRONAS

Penghasilan produk pelincir terbaharu ini dibuat selepas Mforce memeterai perjanjian bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia).

petronas lubricants MForce Oil

Mforce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 ini mengandungi formulasi sintetik penuh untuk perlindungan enjin maksimum, membantu melindungi komponen enjin daripada kehausan, tekanan haba serta kegunaan harian.

Pelincir itu akan membantu enjin motosikal kekal lebih tahan lama, stabil dan lebih dipercayai sepanjang tempoh penggunaan.

Minyak enjin itu juga direka khas untuk motosikal jenis sistem klac basah dan memastikan penukaran gear berlaku lebih lancar dengan penglibatan klac yang lebih stabil.