Boon Siew Honda umum 2 warna baharu untuk Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES

Boon Siew Honda (BSH) sudah mengumumkan mengenai kedatangan model Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES dengan dua warna pilihan baharu untuk pasaran Malaysia.

Dua pilihan warna baharu itu ialah Pearl Glare White (putih) dan Matte Iridium Gray Metallic (kelabu).

Harga badan yang diumumkan pula ialah RM99,888 tidak termasuk masuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Berdasarkan maklumat daripada pihak BSH, model ini nampak lebih menyerlah dengan adanya corak grafik badan serba baharu.

Jaminan untuk Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES ialah dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu).

CIRI MENARIK

  • Enjin 2-silinder sebaris 1,084cc OHC 8-injap dengan sistem suntikan bahan api dan sejukan cecair
  • Kuasa maksimum 75kW @ 7,500rpm
  • Tork maksimum 112Nm @ 5,500rpm
  • Kotak gear elektronik 6-kelajuan (DCT)
  • Ada empat mode tunggangan iaitu TOUR, URBAN, GRAVEL dan OFF-ROAD
  • Sistem suspensi kawalan elektronik EERA dengan empat mode tetapan iaitu MID, HARD, SOFT dan OFFROAD.
  • Ciri teknologi 6-axis IMU (sensor inersia) dan kawalan pendikit Throttle-By-Wire.
  • Tujuh tahap Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Wheelie, Brek ABS Belokan (Cornering ABS)

ARTIKEL BERKAITAN