CFMOTO 500SR: Satu lagi sportbike moden bakal sertai keluarga SR

CFMOTO sedang menyusun rancangan untuk meluaskan keluarga sportbike siri SR dengan satu model baharu iaitu CFMOTO 500SR.

Model yang dilihat sebagai kembar kepada CFMOTO 500SR VOOM ini adalah salah satu model yang pernah ditayangkan semasa CFMOTO DAY 2023 di China pada bulan September 2023.

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang versi naik taraf CFMOTO 500SR VOOM.

Cerita tentang model sportbike moden CFMOTO 500SR ini kembali hangat selepas dokumenĀ  pendaftaran model itu di China menjadi tular di internet.

Ada laporan mendedahkan model CFMOTO 500SR sudah diuji di China dan motosikal itu berkongsi rekaan hadapan mirip model CFMOTO 675SR-R dan CFMOTO 750SR-S.

Antara persamaan wajah depan ialah bentuk lampu DRL LED, bentuk lampu, bolong kemasukan udara dan cermin sisi dengan lampu signal.

Penampilan luaran memang berubah tetapi di bawah panel badan itu, ia sama seperti yang ada pada CFMOTO SR500 VOOM.

Ini termasuk fork USD 41mm, casis termasuk swingarm berkembar sehingga sistem monoshock. Enjin dan transmisi pula dipercayai sama seperti digunakan SR500 VOOM.

Versi baharu CFMOTO 500SR menyaksikan tambahan penutup di bahagian brek hadapan dan menggunakan kaliper berbeza dengan versi SR500 VOOM.

Perubahan seterusnya ialah muffler ekzos berkembar CFMOTO 500SR berbentuk lebih tajam berbanding model neo-retro SR500 VOOM.

ARTIKEL BERKAITAN KELUARGA CFMOTO SR