
Satu klip vidoe dimuat naik di Facebook Honda Motorcycle Malaysia menarik perhatian kami iaitu video tentang penjelasan terhadap isu balancer yang menghantui Boon Siew Honda (BSH).
Dalam video itu, mereka memulakan perkongsian dengan menyatakan ada menerima banyak pertanyaan mengenai balancer (pengimbang) motosikal Honda RS-X, RS-X Winner dan RS150.

Jadi, video yang dikongsikan itu dikatakan memberi penerangan tentang fungsi dan juga aspek penambahbaikan yang dibuat.
Malah katanya model baharu Honda RS-X Winner 2025 sudah menerima komponen naik taraf tersebut.
Jurucakap dalam video BSH menjelaskan weight balancer (pengimbang berat) dalam enjin RS150 dan RSX adalah untuk mengurangkan getaran enjin dengan melawan pergerakan crankshaft (aci engkol).
Pada komponen weight balancer, ada dua getah berbentuk bulat yang dikenali sebagai rubber damper. Tugasnya adalah untuk serap hentakan apabila crankshaft bergerak secara mengejut.

Ini penjelasan wakil BSH:
Bila crank shaft bergerak secara mengejut, rubber damper ini akan serap hentakan dulu… baru gerakan itu akan dipindahkan kepada weight balancer.
Ini mengurangkan impak pada gigi gear crankshaft dan balancer…. dan mengurangkan stress pada keseluruhan sistem tersebut.
Disebabkan komponen ini menggunakan getah khas, minyak enjin main peranan besar. Minyak yang tak ikut spesifikasi atau minyak tiruan boleh menyebabkan perubahan pada sifat getah.

Tindak balas dengan komponen dalam minyak enjin tersebut atau haba yang terlalu tinggi boleh buat getah ini jadi lebih keras atai mengecut dalam jangka masa panjang.
Bila jadi macam tu, sifat elastik getah itu akan hilang dan kes paling teruk getah boleh pecah.
Sebab itu Honda sarankan guna minyak enjin tulen keluaran Honda. Minyak ini dirumus dan diuji khas untuk melindungi komponen enjin Honda termasuk bahagian getah.
JENIS MINYAK
Guna minyak enjin 10W-30 atau 10W-40 dengan JASO MA dan API sekurang-kurangnya SJ ke atas.
NAIK TARAF KOMPONEN GETAH

BSH mendakwa sudah melakukan naik taraf pada komponen getah itu dengan penggunaan material lain. Katanya material getah asal jenis NBR ditukar kepada H-NBR (Hydrogenated Nitrile Butadiene Rubber).
Dakwa mereka, getah dengan material baharu lebih banyak rintangan terhadap pengoksidaan ke tahap lebih tinggi. Katanya kekuatan sehingga 10 kali ganda!
BSH juga menyarankan pemilik motosikal jenama mereka untuk melakukan servis di rangkaian pusat pengedar sah Honda
