Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT (2026) dapat warna tunggal di Jepun

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES

Honda sudah mula menawarkan skim warna baharu untuk model Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT edisi 2026.

Hanya satu warna diperkenalkan untuk Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES iaitu Matte Iridium Gray Metallic. Model dengan warna baharu ini sudah mula diedarkan di Jepun.

Honda menjelaskan baharu ini membuatkan CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES nampak lebih lasak dan sporty.

Honda merancang jualan sebanyak 300 unit CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES di Jepun untuk tempoh setahun.

Harga badan termasuk cukai penggunaan di Jepun ialah 2,255,000 yen (anggaran RM56,409).

CIRI MENARIK HONDA CRF1100L AFRICA TWIN ADVENTURE SPORTS ES

  • Enjin 2-silinder sebaris yang direka untuk off-road dan keselesaan tunggangan jarak jauh.
  • Menggunakan throttle-by-wire untuk respons lebih linear mengikut input daripada penunggang.
  • Motosikal dilengkapi ciri teknologi 6-axis IMU (sensor inersia) untuk tahap imbangan terbaik, prestasi tunggangan, kawalan lebih baik dan selamat.
  • Respons klac lebih baik dengan adanya sistem transmisi klac berkembar DCT (Dual Clutch Transmission).
  • Ada dua pilihan transmisi iaitu AT dan MT. Dalam tetapan AT, anda boleh pilih mode D (Drive) atau mode S (Sporty) yang menyediakan tiga tahap tunggangan sporty.
  • Ada juga fungsi G-Switch untuk membolehkan kawalan lebih linear gelinciran roda belakang khususnya semasa tunggangan off-road.
  • Ada lima mode tunggangan iaitu TOUR, URBAN, GRAVEL, OFF-ROAD dan USER 1 serta USER 2.
  • Ada 3 tahap Kawalan Wheelie. Ada HSTC.
  • Sistem suspensi kawalan elektronik EERA dengan lima mode tetapan iaitu MID, HARD, SOFT, OFFROAD dan USER.
  • Dua mode ABS iaitu untuk on-road dan off-road.
  • Tangki minyak 24 liter.
  • Lampu depan dengan 3 tahap lampu belokan (cornering lights).
  • Penghadang angin boleh laras 5 tahap.
  • Ada plet pelindung bawah enjin.
  • Rim lidi (multi-spoked) tetapi menggunakan tayar tanpa tiub.
  • Tempat duduk boleh laras 2 ketinggian sama ada 820mm atau 840mm.
  • Meter LCD 6.5 inci jenis panel sesentuh yang boleh disambung Apple CarPlay (guna wayar/kabel) atau Android Auto.
  • 3 jenis paparan meter iaitu GOLD, SILVER dan BRONZE.

SPESIFIKASI CRF1100L AFRICA TWIN ADVENTURE SPORTS ES

  • Enjin 2-silinder sebaris 1,082cc OHC 8-injap dengan sistem suntikan bahan api dan sejukan cecair
  • Kuasa maksimum 75kW @ 7,500rpm
  • Tork maksimum 112Nm @ 5,500rpm
  • Kotak gear elektronik 6-kelajuan (DCT)
  • Panjang 2,305mm
  • Lebar 960mm
  • Tinggi 1,475mm
  • Jarak roda 1,570mm
  • Jarak bumi 220mm
  • Tinggi pelana 840mm (paling rendah 820mm)
  • Berat motosikal 253kg
  • Tayar depan 110/80 R19
  • Tayar belakang 150/70R18

GALERI GAMBAR CRF1100L AFRICA TWIN ADVENTURE SPORTS ES