Boon Siew Honda & EMS kolaborasi luaskan rangkaian aksesori

Boon Siew Honda (BSH) menjalin kerjasama dengan E Motorsports Sdn. Bhd. (EMS) untuk meluaskan tawaran aksesori untuk pemilik-pemilik Honda di Malaysia

Melalui inisiatif ini, EMS akan menyediakan satu rangkaian aksesori motosikal yang direka sebagai pelengkap untuk barisan motosikal edaran BSH.

Tawaran pertama bermula dengan model Honda ADV160.

Kerjasama ini bertujuan untuk meluaskan pilihan khas buat pemilik skuter dan motosikal Honda selain menambah baik pengalaman keseluruhan pengalaman tunggangan, memenuhi keperluan dan keinginan.

Honda menyediakan satu platform untuk EMS untuk mempersembahkan rangkaian aksesori EMS.

Fasa pertama memperagakan tiga pakej gayaan untuk ADV160  iaitu Outdoor, City dan Touring. Semua pakej ini ada dipamerkan di semua gedung Impian X dan pengedar terpilih Honda.

Semua aksesori di bawah kerjasama ini dibangunkan, dibekalkan dan disokong oleh EMS.

KEMPEN ADV160 + EMS

Sempena kerjasama ini, Boon Siew Honda memperkenalkan kempen ADV160 + EMS
Lebih Bergaya yang sedang berlangsung dari 2 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.

Pelanggan yang membeli ADV160 baharu dan mendaftar dengan Honda X dalam tempoh kempen akan terima baucar EMS bernilai RM500.

Pelanggan boleh merujuk pilihan 3 gayaan EMS yang dipamerkan di Impian X dan pengedar Honda terpilih atau melayari aksesori penuh EMS di lokasi Select Shop.

Semua aksesori yang disenaraikan direka, dihasilkan dan diberi jaminan dari pihak EMS.