Month: February 2026

Honda CBR400R E-Clutch: Model konsep sportbike 400cc ‘auto klac’ akan dipamerkan di Jepun tidak lama lagi

Honda akan mempamerkan model konsep sportbike terbaharu mereka yang menggunakan teknologi E-Clutch menerusi pameran motosikal di tiga lokasi berasingan di Jepun tidak lama lagi. Model itu dipanggil Honda CBR400R E-Clutch Concept dan tiga lokasi tersebut ialah di Osaka, Tokyo dan Nagoya. Enjin dua silinderĀ  CBR400R ini ditambah sistem Honda E-Clutch untuk menyerlahkan lagi karakter motosikal […]

Perbandingan: Apa beza Kawasaki KLE500 (2026) Standard dan Special Edition?

Thailand menjadi negara pertama di ASEAN untuk menawarkan model terbaharu Kawasaki KLE500 edisi 2026. Pelancaran pada 17 Februari 2026 menyaksikan Kawasaki Motors Thailand melancarkan dua varian motosikal dwi-kegunaan Kawasaki KLE500 iaitu versi Standard dan Special Edition (SE). Walaupun berkongsi enjin dan frem sama, artikel ini akan memaparkan apa beza varian Kawasaki KLE500 Standard (2026) dan […]

QJMOTOR SRK 250 RA (2026): Sportbike transmisi AMT 6-kelajuan lancar di Indonesia

QJMOTOR SRK 250 RA (2026)

Satu lagi motosikal dengan sistem transmisi AMT (Automated Manual Transmission) memasuki pasaran Indonesia. Dan model ini bukannya jenis cruiser tetapi sebuah sportbike kelas 250cc. Model dimaksudkan ini ialah QJMOTOR SRK 250 RA (2026) yang membuat kemunculan pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia 2026 awal bulan ini. Model ini belum dijual di Malaysia. Sportbike suku liter dengan […]

Yamaha XMAX 25th Anniversary Max Series (2026): Model raikan ulang tahun ke-25 siri skuter Yamaha MAX di Thailand

Selain Yamaha XMAX Tech Max edisi 2026, Thailand juga meraikan ulang tahun ke-25 siri skuter MAX dengan pelancaran satu model skuter istimewa. Model itu dinamakan Yamaha XMAX 25th Anniversary Max Series (2026). Di Thailand, sejarah skuter MAX bermula pada tahun 2001 dengan ketibaan model skuter sport premium iaitu TMAX. Tujuh tahun kemudian, model generasi pertama […]

Yamaha XMAX Tech MAX (2026): Ini 12 ciri menarik yang ada pada skuter premium Yamaha

Yamaha XMAX Tech MAX edisi 2026

Yamaha sudah memperkenalkan model skuter terbaharu amaha XMAX Tech MAX edisi 2026 di Thailand. Ini sebenarnya satu usaha diambil Yamaha untuk menguatkan kedudukannya sebagai pemain dalam segmen skuter premium di pasaran Negara Gajah Putih. Yamaha XMAX Tech MAX edisi 2026 ialah skuter moden yang menerima naik taraf aspek keselamatan, teknologi dan ciri terkini melangkaui pencabar […]

Honda ADV160 RoadSync (2026): Skuter dengan perubahan baru lancar di Thailand, siap ada Black Edition

Selepas Indonesia, Thailand menjadi pasaran terbaharu menyambut kedatangan model skuterĀ Honda ADV160 edisi 2026. Skuter itu datang dengan beberapa perubahan. Pertama, skrin meter digital penuh kini jenis TFT bersaiz 5 inci. Sebelum ini meter jenis LCD. ADA HONDA ROADSYNC Panel meter instrumen itu menyokong fungsi Honda RoadSync. Ada kelainan pada konsol kiri kerana ADV160 (2026) dilengkapi […]