
Thailand menjadi negara pertama di ASEAN untuk menawarkan model terbaharu Kawasaki KLE500 edisi 2026.
Pelancaran pada 17 Februari 2026 menyaksikan Kawasaki Motors Thailand melancarkan dua varian motosikal dwi-kegunaan Kawasaki KLE500 iaitu versi Standard dan Special Edition (SE).


Walaupun berkongsi enjin dan frem sama, artikel ini akan memaparkan apa beza varian Kawasaki KLE500 Standard (2026) dan KLE500 Special Edition (2026).
HARGA KAWASAKI KLE500 (2026)
Di bawah ini adalah pengumuman harga badan yang diumumkan Kawasaki Motors Thailand:
- Kawasaki KLE500 Standard: 199,000 Baht (RM24,980)
- Kawasaki KLE500 SE: 219,000 Baht (RM27,490)
WARNA PILIHAN KAWASAKI KLE500
Kawasaki KLE500 Standard
- Hanya satu pilihan warna iaitu Metallic Carbon Gray / Ebony (kelabu gelap)
Kawasaki KLE500 SE
- Dua pilihan warna disediakan iaitu Pearl Blizzard White (putih) dan Metallic Bluish Green (hijau)
JENIS METER
Kedua-dua varian KLE500 menggunakan meter berbeza dan memiliki susun atur berbeza. Ini termasuk butang tetapan, saiz dan susunan lampu indikator motosikal.
- Kawasaki KLE500 SE menggunakan instrumen meter TFT berwarna berukuran 4.3 inci.
- Kawasaki KLE500 Standard dipasang meter skrin digital LCD.
- Kawasaki KLE500 SE
- Kawasaki KLE500 Standard
SISTEM PENCAHAYAAN
Kawasaki KLE500 SE menggunakan sistem pencahayaan LED penuh termasuk pada bahagian lampu signal belok.
Varian Standard pula masih bergantung kepada jenis mentol untuk lampu signal belok. Lampu depan dan belakang jenis LED.
- Kawasaki KLE500 SE
- Kawasaki KLE500 Standard
PENGHADANG ANGIN (WINDSHIELD)
Kawasaki KLE500 SE menggunakan penghadang angin yang lebih tinggi berbanding varian Standard untuk menawarkan keselesaan lebih baik dengan mengurangkan rintangan angin semasa tunggangan.
- Kawasaki KLE500 SE
- Kawasaki KLE500 Standard
- Kawasaki KLE500 SE
- Kawasaki KLE500 Standard
GARD TANGAN (HAND GUARD)
Kawasaki KLE500 SE dilengkapi sepasang gard tangan yang tidak diberikan pada varian Standard.
- Kawasaki KLE500 SE
- Kawasaki KLE500 Standard
- Kawasaki KLE500 SE
PLET PELINDUNG ENJIN
Kawasaki KLE500 SE menggunakan plet lebih besar untuk melindungi bahagian bawah enjin motosikal.
Varian KLE500 Standard juga dibekalkan plet pelindung enjin tetapi saiznya lebih kecil dan pelindungan lebih tertumpu di bahagian bawah enjin semata-mata.
- Kawasaki KLE500 SE
- Kawasaki KLE500 Standard
DIMENSI MOTOSIKAL
BERAT
- Disebabnya ada aksesori lebih besar dan tambahan aksesori, varian Kawasaki KLE500 SE sebenar bertambah berat 1kg menjadi 176kg (berat kasar 195kg)
- Berat bersih varian KLE500 Standard ialah 175kg (berat kasar 194kg).
LEBAR & TINGGI
- KLE500 SE lebih lebar 40mm (980mm) berbanding Standard (940mm).
- KLE500 SE jadi lebih tinggi disebabkan penghadang angin (posisi tinggi 1,510 mm / posisi rendah 1,460mm) berbanding versi Standard (posisi tinggi 1,405mm / posisi rendah 1,355mm).
- Kawasaki KLE500 SE
- Kawasaki KLE500 Standard
SPESIFIKASI KAWASAKI KLE500 (2026)
| Kawasaki KLE500 Standard | Kawasaki KLE500 SE | |
|---|---|---|
| Enjin | 2 silinder selari, 8-injap, DOHC | 2 silinder selari, 8-injap, DOHC |
| Kapasiti | 451cc | 451cc |
| Kuasa maksimum | 38.3 kW @ 10,000rpm (51.4hp) | 38.3 kW @ 10,000rpm (51.4hp) |
| Tork maksimum | 42.6Nm @ 7,500rpm | 42.6Nm @ 7,500rpm |
| Bore x Stroke | 70mm x 58.6mm | 70mm x 58.6mm |
| Nisbah mampatan | 11.3:1 | 11.3:1 |
| Sistem bahan api | EFI | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair | Sejukan cecair |
| Kotak gear | 6 kelajuan manual | 6 kelajuan manual |
| Pacuan | Rantai | Rantai |
| Suspensi depan | Fork USD 43mm KYB, travel 210mm | Fork USD 43mm KYB, travel 210mm |
| Suspensi belakang | Absorber monoshock UniTrak, travel 196mm | Absorber monoshock UniTrak, travel 196mm |
| Tayar depan | 90/90-21 | 90/90-21 |
| Tayar belakang | 140/70-17 | 140/70-17 |
| Brek depan | Cakera 300mm, kaliper dwi-piston | Cakera 300mm, kaliper dwi-piston |
| Brek belakang | Cakera 230mm, kaliper dwi-piston | Cakera 230mm, kaliper dwi-piston |
| Panjang | 2,300mm | 2,300mm |
| Lebar | 940mm | 980mm |
| Tinggi | 1,405mm (paling tinggi) 1,355mm (paling rendah) | 1,510mm (paling tinggi) 1,460mm (paling rendah) |
| Jarak dari bumi | 185mm | 185mm |
| Jarak roda | 1,555mm | 1,555mm |
| Tinggi tempat duduk | 870mm | 870mm |
| Tangki minyak | 16 liter | 16 liter |
| Berat kasar | 194kg | 195kg |
| Bonus | - Klac Assist & Slipper - Brek ABS depan belakang - Lampu depan jenis 3 LED | - Klac Assist & Slipper - Brek ABS depan belakang - Lampu depan jenis 3 LED |


















