Yamaha XMAX Tech MAX (2026): Ini 12 ciri menarik yang ada pada skuter premium Yamaha

Yamaha XMAX Tech MAX edisi 2026

Yamaha sudah memperkenalkan model skuter terbaharu amaha XMAX Tech MAX edisi 2026 di Thailand.

Ini sebenarnya satu usaha diambil Yamaha untuk menguatkan kedudukannya sebagai pemain dalam segmen skuter premium di pasaran Negara Gajah Putih.

Yamaha XMAX Tech MAX edisi 2026 ialah skuter moden yang menerima naik taraf aspek keselamatan, teknologi dan ciri terkini melangkaui pencabar jenama lain.

Malah skuter itu juga digambarkan sebagai mod pengangkutan praktikal untuk kegunaan dalam kawasan bandar serta tunggangan jarak jauh atau konvoi.

WARNA, HARGA & JAMINAN

Warna

Yamaha XMAX Tech MAX edisi 2026 ditawarkan dengan hanya satu pilihan warna iaitu Gray-Black Chrome Silver (kombinasi perak kelabu hitam krom).

Harga

Yamaha XMAX Tech MAX edisi 2026 dijual pada harga 202,500 baht (RM25,310).

Jaminan

Jaminan untuk Yamaha XMAX Tech MAX edisi 2026 adalah sehingga 5 tahun atau jarak perbatuan 50,000km. Ini tertakluk kepada terma dan syarat (waranti lanjutan).

12 CIRI MENARIK TENTANG YAMAHA XMAX TECH MAX 2026

Ada beberapa komponen khas dipasang pada model skuter Yamaha XMAX Tech MAX edisi 2026 iaitu

  • Penghadang angin kawalan elektronik. Boleh dilaras sehingga 95mm.
  • Ada lampu henti kecemasan (Emergency Stop Signal).
  • Set absober Ohlins edisi terhad Tech Max boleh laras sepenuhnya (lantunan, prabeban dan mampatan).
  • Instrumen meter dua paparan LCD.
  • Tempat duduk eksklusif Tech Max.
  • Grip bar hendal khas Tech Max.
  • Perehat kaki aluminium istimewa Tech Max.
  • Balutan material khas untuk penutup ruang simpanan (glove box).
  • Logo khas Tech Max.
  • Ada teknologi Kawalan Cengkaman (Traction Control System – TCS).
  • Boleh sambung kepada aplikasi Y-Connect.
  • Ada USB Type-C.

SPESIFIKASI YAMAHA XMAX TECH MAX 2026

Yamaha XMAX Tech Max 2026
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti292cc
Kuasa maksimum20.6kW @ 7,250rpm (28hp)
Tork maksimum29Nm @ 5,750rpm
Bore x Stroke70mm x 75.9mm
Nisbah mampatan10.9 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearAutomatik V-Belt
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar Ohlins
Tayar depan120/70-15
Tayar belakang140/70-14
Brek depanCakera dengan ABS
Brek belakangCakera dengan ABS
Panjang2,180mm
Lebar795mm
Tinggi1,410mm

1,505mm (Penghadang angin naik penuh)
Jarak dari bumi135mm
Jarak roda1,540mm
Tinggi tempat duduk795mm
Tangki minyak13 liter
Berat185kg
Bonus- Brek ABS depan belakang
- Ada Kawalan Cengkaman (TCS)
- Ada Sistem Navigasi Garmin
- Sistem kekunci pintar
- Lampu penuh LED
- Lampu henti kecemasan (ESS)
- Ada Y-Connect
- Penghadang angin boleh laras elektrik

GALERI GAMBAR YAMAHA XMAX TECH MAX 2026