
Selepas Indonesia, Thailand menjadi pasaran terbaharu menyambut kedatangan model skuter Honda ADV160 edisi 2026.
Skuter itu datang dengan beberapa perubahan. Pertama, skrin meter digital penuh kini jenis TFT bersaiz 5 inci. Sebelum ini meter jenis LCD.
ADA HONDA ROADSYNC

Panel meter instrumen itu menyokong fungsi Honda RoadSync. Ada kelainan pada konsol kiri kerana ADV160 (2026) dilengkapi set butang kawalan pelbagai fungsi.
Tidak lupa juga skuter ini ada soket USB Type-C untuk membantu mengecas semula bateri telefon pintar anda.
Dengan adanya Honda RoadSync, penunggang boleh menyambung telefon pintar mereka pada skuter Honda ADV160. Sambungan menggunakan Bluetooth ini membolehkan penunggang menggunakan akses:
- Navigasi jenis penunjuk arah-ke-arah (bukan paparan peta penuh)
- Menjawab panggilan, mendengar muzik dan melihat notifikasi masuk ke telefon mereka.
WARNA BAHARU

Thai Honda juga menukar pilihan warna skuter Honda ADV160 edisi 2026. Khabarnya, empat warna sedia ada sudah ditukarkan.
Ada tawaran warna istimewa iaitu Black Edition yang memiliki logo ADV160 merah, jahitan benang merah pada pelana dan juga kaliper merah.
4 Warna Honda ADV160 (2026) Thailand
- Matt Sahara Venture (koko lembut)
- Matt Nebula Green (hijau)
- Matt Hyper Blue (biru)
- Black Edition (hitam)
HARGA HONDA ADV160 (2026) THAILAND
- Tiga warna biasa Honda ADV160 iaitu koko lembut, biru dan hijau dijual pada harga 101,900 baht (RM12,700).
- Warna edisi istimewa Black Edition ditawarkan dengan harga 102,400 baht (RM12,763).
PERINCIAN ASAS
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Soket USB Type-C dalam ruang simpanan (glove box)
- Menggunakan sistem tanpa kekunci
- Penghadang angin boleh laras dua tahap
- Enjin eSP+ sama jenis satu silinder 156.9cc SOHC 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Transmisi jenis CVT
- Ada Honda Selectable Torque Control dan brek ABS depan-belakang
- Tinggi pelana 780mm
- Panjang 1,950mm
- Lebar 763mm
- Tinggi 1,270mm
- Jarak roda 1,324mm
- Jarak bumi 165mm
- Berat 134kg
- Tangki minyak 8.1 liter
- Tayar depan 110/80-14
- Tayar belakang 130/70-13



















