QJMOTOR SRK 250 RA (2026): Sportbike transmisi AMT 6-kelajuan lancar di Indonesia

QJMOTOR SRK 250 RA (2026)

Satu lagi motosikal dengan sistem transmisi AMT (Automated Manual Transmission) memasuki pasaran Indonesia. Dan model ini bukannya jenis cruiser tetapi sebuah sportbike kelas 250cc.

Model dimaksudkan ini ialah QJMOTOR SRK 250 RA (2026) yang membuat kemunculan pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia 2026 awal bulan ini. Model ini belum dijual di Malaysia.

qjmotor srk 250 ra amt

Sportbike suku liter dengan konsep gear separa automatik ini sudah tentunya disasarkan kepada kelompok pengguna baharu iaitu mereka yang mahukan sportbike tapi tak nak operasi kendalian ‘rumit’. Pendek kata, gaya sportbike dengan operasi kendalian mirip skuter.

QJMOTOR SRK 250 RA (2026) DI INDONESIA

  • QJMOTOR SRK 250 RA didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Vitality Red (merah) dan Day & Night Black (hitam).
  • Siri SRK kedua selepas model SRK800 RR.
  • Ada winglet di panel sisi kiri dan kanan
  • Memiliki dua mod tunggangan iaitu Normal dan Sport
  • Tiada klac tangan, tiada pemijak brek dan tiada tuil gear
  • Tuil kanan pada bar hendal ialah brek depan, tuil kiri bukan klac tangan tetapi brek belakang
  • Sistem pencahayaan LED penuh dengan lampu DRL
  • Meter jenis digital TFT berwarna
  • Ada soket USB Type A dan Type C
  • Ada sistem pemantau tekanan angin tayar (TMPS)
  • Swingarm tunggal (single swingarm)
  • Harga badan di Jakarta ialah IDR 74,990,000 (RM17,343)

SPESIFIKASI QJMOTOR SRK 250 RA (2026)

QJMOTOR SRK 250 RA (AMT) 2026
Enjin2 silinder, DOHC 8-injap
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum26.4kW @ 12,750rpm
(35.4hp)
Tork maksimum23Nm @ 9,750rpm
Bore x Stroke62mm x 41.3mm
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearAMT 6 kelajuan
Suspensi depanFork USD
Suspensi belakangabsorber tunggal
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang150/60 - 17
Brek depanCakera 320mm ABS
Brek belakangCakera 240mm ABS
Panjang2,085mm
Lebar770mm
Tinggi1,130mm
Jarak dari bumi130mm
Jarak roda1,450mm
Tinggi tempat duduk815mm
Tangki minyak14.8 liter
Berat-
Bonus- Ada USB
- Ada ABS
- Lampu penuh LED

GALERI GAMBAR QJMOTOR SRK 250 RA (2026)