Tayar UMA Racing Pacers akan masuk pasaran Malaysia tahun 2026, lebih banyak saiz untuk skuter dan kapcai

uma racing pacers

Tayar pertama dari UMA Racing akhirnya diperkenalkan ke pasaran Malaysia dan siri tayar ini dipanggil sebagai UMA Racing Pacers.

Sebagai permulaan, tayar yang ditawarkan adalah untuk tiga saiz rim iaitu 13 inci, 14 inci untuk skuter dan kapcai 17 inci membabitkan lima saiz iaitu:

uma racing pacers

  • 110/70 – 13
  • 130/70 – 13
  • 70/90 – 14
  • 80/90 –  14
  • 70/90 – 17
  • 80/90 – 17

TAMBAH PILIHAN SAIZ

Walaupun begitu, UMA Racing ada perancangan untuk menambah pilihan saiz seperti

  • Rim 13: 120/70 dan 140/70
  • Rim 14: 70/80, 90/80, 90/90, 100/80, 100/90, 110/80, 120/80 dan 140/70
  • Rim 17: 60/80, 70/80, 80/80, 90/80, 100/80, 110/70 dan 120/70

uma racing pacers

HARGA UMA RACING PACERS

  • Tayar UMA Racing Pacers boleh didapati menerusi rangkaian pengedar sah UMA Racing dan platform atas talian bermula seawal Januari sehingga Mac 2026 (Fasa 1).
  • Harga runcit untuk tayar ini adalah di bawah RM180 dan ini bergantung kepada pada jenis dan saiz tayar.

APA KELEBIHAN UMA RACING PACERS?

  • Dihasilkan dengan gabungan teknologi terkini mengikut cara dan gaya penunggang harian.
  • Tayar lahir dari maklum balas penunggang, pelumba profesional, ujian dan penyelidikan secara berterusan untuk suatu tempoh.
  • Pacers direka untuk memberi daya cengkaman luar biasa, pengendalian unggul dan tahan lebih lama.
  • Selain itu, turut diambil kira dalam pembangunan tayar ini ialah persekitaran tunggangan di negara beriklim tropika termasuk hujan lebat secara tiba-tiba dan permukaan jalan berdebu.
  • Kekuatan cengkaman permukaan jalan sehingga 25 peratus lebih baik berbanding tayar sedia ada di pasaran.
  • Teknologi EdgeGrip membantu membersihkan debu pada sisi tayar di permukaan jalan. Ini dibantu dengan adanya reka bentuk alur tepi tayar untuk memerangkap habuk ke dalam mikro-ruang sekali gus memastikan kawasan sentuhan bunga tayar kekal bersih.
  • Ada corak HydroFlow di alur salur keluar air berarah yang dapat mengalirkan air dengan cepat, mengurangkan risiko gelinciran air dan memastikan sentuhan tayar dengan jalan kekal konsisten.

APA KATA ORANG KUAT UMA RACING?

Penolong Pengurus Besar Jenama UMA Racing, Alfred Lim berkata:

“Visi kami adalah untuk menghasilkan tayar yang memberikan penunggang prestasi setaraf perlumbaan sambil menawarkan keselesaan, keselamatan dan ketahanan untuk kegunaan harian.

“Tayar Pacers merupakan gabungan sempurna antara ketepatan kejuruteraan dan pengalaman penunggang.”

ARTIKEL BERKAITAN