
TCP Red Bull Malaysia mengadakan satu kerjasama eksklusif dengan jenama topi keledar KYT Helmet dan memperkenalkan dua produk sempena penganjuran MotoGP Malaysia 2025.
Dua produk itu ialah topi keledar jenis open-face dan jenis full face, kedua-duanya dilabel sebagai produk edisi khas KYT x Red Bull.
Ini adalah produk topi keledar KYT x Red Bull edisi khas yang diperkenalkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini:
HARGA TOPI KELEDAR KYT x RED BULL
Secara asasnya, rekaan grafik pada dua topi keledar itu adalah sama.
- KYT TTR-Jet
- KYT TT-Revo
- KYT TT-Revo (full-face): RM719
- KYT TTR-Jet (open-face): RM499
SAIZ TOPI KELEDAR KYT x RED BULL

Setiap pilihan helmet didatangkan dengan empat pilihan saiz dengan ukuran terkecil ialah S diikuti M, L dan XL.
APA KATA ORANG PENTING?
Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, Adelene Tay berkata:
“Hubungan kami dengan dunia permotoran adalah mengenai semangat dan tenaga dari peminat. Menerusi kerjasama dengan KYT membolehkan kami satu saluran baru berhubung dengan komuniti. Ini juga untuk meraikan mereka yang sentiasa menyokong kami.”
Pengarah MKA Group, Doc Dol berkata:
“Kerjasama ini amat istimewa untuk peminat sukan bermotor Malaysia. Ia menggambarkan nilai kesepaduan antara KYT dan Red Bull. Kami harap kerjasama ini akan membuahkan lebih banyak hasil pada masa akan datang.”
Sekadar perkongsian, MKA Group ialah pengedar jenama topi keledar KYT di Malaysia.





























