Solfili lancar set lampu belakang baharu untuk skuter Yamaha NMAX V2 dan Yamaha XMAX V2

Solfili memperkenalkan dua produk set lampu belakang untuk kegunaan siri skuter Yamaha di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) PETRONAS sempena Kejohanan MotoGP Malaysia 2025 baru-baru ini.

Dua set lampu belakang itu adalah untuk skuter Yamaha XMAX V2 dan NMAX V2 yang menawarkan kadar pencahayaan terang dengan adanya diod LED.

HARGA SET LAMPU BELAKANG

  • Yamaha XMAX V2: RM499
  • Yamaha NMAX V2: RM449

Produk terbaharu itu diperkenalkan sempena acara Meet & Greet bersama pelumba Moto2 pasukan PRAMAC iaitu Tony Arbolino dan Izan Guevara.

Lampu belakang itu adalah hasil rekaan sepenuhnya pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Solfili yang menggabungkan gaya dinamik, kecerahan tinggi dan kontur moden yang meningkatkan lagi imej skuter.

Penolong Pengurus Besar Jenama Solfili, Elvin berkata:

“Sekarang masa untuk Solfili memberi tumpuan kepada motosikal skuter. Penunggang hari ini melabur lebih pada skuter mereka kerana ia praktikal dan mudah. Kami mahu mereka menunggang di jalan raya dengan selamat, bergaya dan unik.”

ARTIKEL BERKAITAN