RCB kini berusia 30 tahun. Nama lamanya, Racing Boy.
Sempena ulang tahun ke-30, RCB tampil dengan satu koleksi aksesori motosikal sebagai tanda meraikan perjalanan tiga dekad dalam industri motosikal tempatan dan global.
Koleksi aksesori edisi terhad ini dipanggil 30th Anniversary Limited-Edition Collection (Koleksi Edisi Terhad Ulang Tahun Ke-30) yang dicipta khas untuk model popular seperti:
- Yamaha: NMAX, NVX, LC dan Y15.
- Honda: Vario 150
- Produk universal yang boleh digunakan untuk model-model lain.
Komponen yang tersenarai dalam Koleksi Edisi Terhad Ulang Tahun Ke-30 RCB membabitkan sistem monoshock, absober berkembar, kaliper brek dan pam brek utama:
- Flow-Pro Series
- S-3 Line
- S26 Brake Caliper
- R1 Brake Caliper
- S1-FL Master Brake Pump
Setiap komponen motosikal ini memaparkan signatur RCB dalam skim warna ulang tahun rona merah hitam. Selain itu, komponen ini disaluti material titanium serta ada ukiran lazer logo ulang tahun ke-30.
Barangan ini didatangkan di dalam kotak edisi eksklusif siap ada kad logam dengan nombor siri tersendiri dan rantai kunci kustom.
Selain itu, RCB juga mengumumkan topi keledar edisi terhadĀ RCB x ARC.


















