Yamaha YZF-R25 (2025) berwajah baru sudah tiba di Malaysia, harga badan RM23,098

yamaha r25 (2025)

Yamaha YZF-R25 edisi 2025 sudah muncul di Malaysia. Model sportbike versi dipertingkat ini sudah berada di Jepun dan beberapa negara lain semenjak tahun ini.

Jentera ini hadir dengan dua warna pilihan iaitu Pearl Blu dan Racing Blu. Harga badan ialah RM23,098 tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Model itu diperkenalkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sempena sesi bertemu barisan pelumba MotoGP di ibu pejabat mereka di Sungai Buloh, Selangor.

yamaha r25 (2025)

APA YANG BERUBAH & SPESIFIKASI

  • Panel badan terutama bahagian hadapan yang menggambarkan memiliki DNA perlumbaan siri R seperti sportbike YZF-R9.
  • Lampu depan nampak lebih agresif. Ada lampu projektor digunakan berasaskan diod LED. Lampu DRL juga berbentuk jalur LED.
  • Bahagian belakang menyaksikan bentuk lampu brek belakang jenis vertikel (menegak).
  • Enjin kekal setia seperti model semasa jenis dwi-silinder 249.55cc DOHC 4-injap dengan output kuasa 35.4hp @ 12,000rpm dan tork maksimum 22.6Nm @ 10,000rpm.
  • Walaupun tiada anjakan kuasa, namun enjin kini patuh standard piawaian Euro 5+ dengan perubahan pada ekzos, bolong kemasukan udara ke enjin da kebuk pembakaran dalam silinder.
  • Kotak gear kekal klac manual 6-kelajuan manual dengan klac Assist & Slipper.
  • Meter masih setia dengan paparan skrin LCD dan menerima tambahan sambungan Y-Connect.
  • Ada soket USB Type-A
  • Tayar depan 110/70 – 17, tayar belakang 140/70 – 17
  • Ada sistem brek ABS depan-belakang
  • Tangki minyak 14 liter dan berat kasar ialah 166kg