
Modenas Z15GT (2025) sudah tiba secara rasminya ke pasaran Malaysia. Harga badannya RM8,288 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Ada tiga warna ditawarkan Graphite Grey (kelabu), Nardo Red dan Rosso Red (merah).
Majlis debut supermoped itu diadakan di ruang pameran Modenas di pekarangan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas hari ini, sempena penganjuran MotoGP Malaysia 2025.
PERINCIAN
- Enjin silinder tunggal 149.5cc DOHC 4 injap dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan cecair.
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan
- Gerek x lejang: 58 x 56.6mm
- Nisbah mampatan 12.6:1
- Kuasa 12.5kW @ 9500rpm
- Tork 13.5Nm @ 7500rpm
- Tangki minyak 5.7 liter
- Panjang 1980mm
- Lebar 670mm
- Tinggi 1100mm
- Jarak roda 1315mm
- Jarak bumi 140mm
- Tinggi pelana 780mm
- Berat kasar 128kg
- Casis jenis backbone
- Fork teleskopik depan, monoshock belakang
- Tayar depan 90/80-17
- Tayar belakang 120/70-17
- Brek ABS untuk roda depan sahaja
- Sistem pencahayaan LED penuh termasuk DRL
- Ada soket USB
- Sistem kekunci pintar
- Meter LCD
- MODENAS Z15GT
- Modenas Z15GT








































