Moto Morini X-Cape 700 kini lebih berkuasa, bakal lancar di Malaysia?

Moto Morini sudah memasuki pasaran Malaysia dengan model motosikal adventure Moto Morini X-Cape 650 kira-kira tiga tahun lalu.

Jenama itu berkembang dengan tambahan dua model lain iaitu jenis scrambler Moto Morini Seiemmezzo 650 SCR pada Mei 2024 dan cruiser Moto Morini Calibro 700 pada November 2024.

Pernah juga kru kami mengesan maklumat bocor di laman web Motomorini.my menyiarkan dua model yang akan dilancarkan iaitu X-Cape 1200 dan Alltrhike.

Sekarang, ada satu lagi model yang dijangka memiliki potensi cerah untuk dilancarkan di Malaysia iaitu versi adventure Moto Morini X-Cape 700 (2025).

Model ini pernah muncul di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2024 dan sudah berada di beberapa pasaran di luar negara.

Model ini juga tampil di Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2025 atau CIMAMotor 2025 baru-baru ini.

Moto Morini X-Cape 700 berpotensi untuk menggantikan tempat X-Cape 650 di Malaysia tidak lama lagi. Jadi, mari kita lihat apa yang ada pada adventure touring bike ini:

WARNA

  • Ada tiga warna pilihan disediakan iaitu Carrara White (putih), Black Ebony (hitam) dan Red Passion (merah) di pasaran luar termasuk Eropah dan China

RIM

  • Ada dua jenis pilihan rim iaitu dua rim lidi dan sport rim.
  • Ada dua warna untuk rim lidi iaitu emas (Gold Edition) dan hitam (Spoked).
  • Sport rim aloi (dipanggil Alloy) hitam cuma hadir untuk warna badan Black Ebony di Eropah.

SPESIFIKASI MOTO MORINI X-CAPE 700

  • Enjin dwi-silinder sebaris (parallel twin) 693cc DOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Gerek x lejang: 83mm x 64mm
  • Nisbah mampatan:  11.6:1
  • Kuasa maksimum:52.21kW@ 8,500rpm (70hp)
  • Panjang 2,200mm
  • Lebar 960mm
  • Tinggi 1,510mm
  • Jarak roda 1,490mm
  • Berat kering 213kg
  • Tinggi tempat duduk: 820mm atau 845mm
  • Tangki minyak 18 liter
  • Jarak bumi 190mm
  • Frem jenis keluli, swingarm aluminimum
  • Rim depan 19 inci dengan tayar saiz 110/80 (rim aloi dan spoked)
  • Rim belakang 17 inci dengan tayar saiz 150/70 (rim aloi dan spoked)
  • Brek cakera berkembar 298mm dengan kaliper 2 piston (jenis floating) untuk roda depan
  • Brek cakera tunggan 255mm, kaliper 2 piston untuk roda belakang.
  • Ada Sistem Brek AntiKunci (ABS) dan boleh dinyah akitf.
  • Fork depan jenis terbalik (USD) Marzocchi 50mm dengan jarak travel 175mm dan boleh laras prabeban spring, tetapan redaman ketika lantunan semula (rebound) dan mampatan (compression).
  • Absober monoshock belakang dari Kayaba dengan jarak travel 165mm. Boleh laras prabeban spring dan tetapan redaman ketika lantunan semula (rebound).