AFAZ.. apa cerita jenama motosikal nasional kedua Malaysia?

Lama juga tak dengar cerita tentang AFAZ…

Satu nama yang dijulang sebagai jenama motosikal nasional kedua selepas MODENAS. Cerita tentang AFAZ ini rancak diperkatakan sejak Ogos 2022.

Masa itu, rancangan ini dipanggil Projek AM-2 yang melibatkan kerjasama dua pihak iaitu AFY Mobility Industries (AMI) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Jenama motosikal baru ini akan menggunakan enjin 100 peratus yang dibangunkan anak tempatan, demikian laporan Harian Metro.

Kalau baca laporan Bernama pula, jenama motosikal baharu itu akan dilancarkan ke pasaran Malaysia selewat-lewatnya suku ke-3 tahun 2023.

AMI menepati janji mereka dan mengumumkan jenama motosikal tempatan baru itu sebagai AFAZ pada 15 September 2023 – iaitu dalam tempoh suku ketiga 2023.

Tapi ada cerita menarik selain pengumuman jenama AFAZ. Motosikal nasional kedua ini akan menggunakan komponen-komponen penting yang akan dibekalkan pihak Suzuki Motor Corporation (SMC) di Jepun.

Pembekalan komponen ini diumumkan selepas KMSB Sdn. Bhd. (KMSB) selepas memeterai perjanjian usahasama teknikal dan bekalan dengan SMC Jepun.

Foto di bawah ini menunjukkan apa kaitan AMI dan KMSB.

SENARAI JENAMA BAWAH AMI

AMI bukan hanya ada jenama AFAZ tetapi bertanggungjawab terhadap beberapa jenama antarabangsa lain di Malaysia. Ini senarai jenama bawah AMI:

KOMPONEN SUZUKI

Ada dua komponen penting akan datang dari pihak Suzuki Jepun iaitu enjin dan casis. Laporan sebelum ini mengatakan enjin dibekalkan dari 110cc hingga 150cc.

Barang lain untuk projek AFAZ akan datang dari dalam Malaysia sendiri. Komponen lain akan datang dari dalam Malaysia.

Kami ada terdengar… model pertama AFAZ akan dilancarkan tahun ini juga. Kapasiti dikatakan kecil dan mungkin bukan model supermoped. Mungkin dalam tempoh sebulan dua lagi kita boleh saksikan pelancaran AFAZ.

Atau ada debut sempena MotoGP Malaysia 2025 di Sepang nanti?